Menu

SEMAKAN KEPUTUSAN

Switch to the dark mode that's kinder on your eyes at night time.

Switch to the light mode that's kinder on your eyes at day time.

Search
Menu

SEMAKAN KEPUTUSAN

Switch to the dark mode that's kinder on your eyes at night time.

Switch to the light mode that's kinder on your eyes at day time.

Search

You are here:

  1. Home
  2. PTPTN
  3. CARA SEMAK TUNGGAKAN DAN BAKI PTPTN ONLINE
in PTPTN

CARA SEMAK TUNGGAKAN DAN BAKI PTPTN ONLINE

October 9, 2021, 1:19 pm

CARA SEMAK TUNGGAKAN DAN BAKI PTPTN ONLINE
Share on Twitter Share on Facebook Share on WhatsApp Share on Telegram

CARA SEMAK TUNGGAKAN DAN BAKI PTPTN ONLINE

Sekarang ni dah tak perlu keluar rumah dan ke kaunter lagi sebab dah boleh buat semakan baki PTPTN online sahaja.

Semuanya di hujung jari kerana Penyata PTPTN online boleh diakses dengan cepat dan mudah melalui Portal Rasmi PTPTN.

Kita juga boleh membuat semakan tunggakan, ansuran bulanan dan melihat perincian pinjaman melalui portal ini.

Kalau nak tahu cara buat semakan baki PTPTN online langkah demi langkah, jom rujuk info selanjutnya yang kami kongsikan ini.

Baca Juga: Cara Buat Live Di Shopee

CARA SEMAK TUNGGAKAN DAN BAKI PTPTN ONLINE

Penyata Online PTPTN akan memaparkan baki pinjaman terkini anda, tunggakan, ansuran bulanan dan setiap transaksi bayaran balik yang kita dah buat.

Jadi kita boleh check baki bila-bila masa saja dan tak perlu lagi nak keluar untuk berurusan dengan pihak PTPTN.

Berikut dikongsikan langkah-langkah mudah untuk mengakses portal PTPTN dan membuat semakan baki PTPTN online.

1. Lawati Portal PTPTN

Pertama sekali, lawati laman utama Portal PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/ dan klik ikon ‘Semakan Penyata Pinjaman’.

CARA SEMAK TUNGGAKAN DAN BAKI PTPTN ONLINE

Atau anda juga boleh terus mengakses page Semakan Pinjaman PTPTN melalui link berikut:

https://www.ptptn.gov.my/semakanpinjaman/

2. Masukkan No. Kad Pengenalan

Isikan nombor kad pengenalan peminjam yang lengkap di ruang yang tertera.

Klik ‘Semak’ untuk proses seterusnya.

CARA SEMAK TUNGGAKAN DAN BAKI PTPTN ONLINE

3. Masukkan Kata Laluan

Kemudian, masukkan kata laluan.

Jika terlupa, klik ‘Lupa Kata Laluan’ untuk mendapatkan kata laluan baru melalui e-mel.

*Bagi pengguna kali pertama, anda perlu menghubungi PTPTN bagi mendapatkan kata laluan sementara yang akan dihantar ke e-mel.

**Untuk mendapat respon yang pantas, anda juga boleh menghantar mesej melalui Facebook Rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

4. Semak Penyata

Setelah berjaya login, semakan baki PTPTN akan dipaparkan dalam 2 pilihan melalui ikon ‘Penyata Baki’ atau ‘Penyata Baki Terperinci’.

Penyata Baki akan memaparkan transaksi terkini anda secara ringkas seperti di bawah.

CARA SEMAK TUNGGAKAN DAN BAKI PTPTN ONLINE

‘Penyata Baki Terperinci’ pula akan memaparkan semua maklumat akaun pinjaman secara lebih terperinci.Penyata ini boleh dicetak bagi tujuan rasmi dengan menekan butang ‘Cetak’.

Cara Memohon Penangguhan Bayaran Balik PTPTN

Tahukah anda, selain membuat semakan baki PTPTN online, terdapat pelbagai lagi e-Perkhidmatan yang boleh diakses oleh peminjam.

Jika peminjam mempunyai masalah untuk membuat bayaran balik, terdapat 2 pilihan yang boleh dilakukan oleh peminjam iaitu:

Memohon Penangguhan bayaran balik PTPTN; atau
Memohon Penjadualan / Penstrukturan Semula Bayaran Ansuran Bulanan

Berikut adalah maklumat tambahan tentang cara membuat kedua-dua permohonan berikut.

i) Memohon Penangguhan PTPTN

Pemohon boleh membuat permohonan untuk membuat penangguhan bayaran balik PTPTN atas sebab-sebab tertentu seperti kehilangan punca pendapatan, menghadapi masalah kewangan dan sebagainya.

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Surat permohonan rasmi penangguhan atau borang permohonan penangguhan yang boleh didapati di Portal Rasmi PTPTN.
  2. Salinan surat tawaran pengajian.
  3. Salinan surat tawaran penaja baru (jika mendapat tajaan dari penaja lain selain PTPTN/ jika melanjutkan pengajian ke luar negara).
  4. Surat pengesahan tarikh tamat pengajian dari IPT (jika tiada dalam surat tawaran).
  5. salinan transkrip dan sijil bagi peringkat pengajian yang telah tamat (jika berkaitan).

Nota:

  • Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses.
  • Kos upah tetap dikenakan sepanjang tempoh penangguhan

ii) Penjadualan / Penstrukturan Semula Bayaran Balik PTPTN

Bagi mengurangkan bebanan ansuran bayaran balik secara bulanan, peminjam juga boleh membuat penjadualan atau penstrukturan semula.

Penjadualan ialah kaedah yang memberi kemudahan kepada peminjam untuk menjadualkan semula Jadual Bayaran Balik (JBB) bagi membolehkan peminjam menyelesaikan hutang mengikut tempoh bayaran balik yang telah ditetapkan.

Penstrukturan pula adalah kaedah yang memberi kemudahan kepada peminjam untuk mengubah struktur JBB dan menetapkan ansuran bulanan berdasarkan kemampuan peminjam.

Melalui kaedah ini, tempoh bayaran balik boleh dipanjangkan sehingga peminjam mencapai umur 60 tahun.

Maklumat Lanjut

Diharapkan dengan perkongsian info ini, peminjam dapat melakukan urusan semakan baki PTPTN online dengan lebih lancar.

Follow media sosial PTPTN di Facebook Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Anda boleh mengajukan mesej peribadi di Facebook untuk mendapatkan respon yang pantas melalui admin PTPTN.

Anda juga boleh terus membuat panggilan ke nombor telefon Careline: 03 – 2193 3000, Faks: 03 – 2193 1263 atau e-Aduan iCare di portal rasmi PTPTN.

Sebarang pertanyaan juga boleh diajukan melalui pelbagai saluran lain melalui pos di alamat surat menyurat :

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.

Baca Juga: CARA APPLY VOUCHER SHOPEE RM200: Panduan Register Dan Claim Baucer Shopee RM200

 

Share on Twitter Share on Facebook Share on WhatsApp Share on Telegram

You May Also Like

  • PANDUAN TUKAR NAMA KERETA

    PANDUAN TUKAR NAMA KERETA ONLINE : KERETA HABIS BAYAR TANPA PERLU KE JPJ

  • JPN PENDAFTARAN PERKAHWINAN

    JPN PENDAFTARAN PERKAHWINAN : PANDUAN DAFTAR KAHWIN DI MALAYSIA

  • ETS ONLINE TICKET BOOKING

    ETS ONLINE TICKET BOOKING : CARA BELI TIKET ETS

  • ACTIVATION EZBIZ ID

    ACTIVATION EZBIZ ID : CARA AKTIFKAN TANPA KE PEJABAT SSM

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARA BUAT LIVE DI SHOPEE

CARA BUAT LIVE DI SHOPEE (PANDUAN SHOPEE SELLER)

SEMAKAN KELULUSAN I-CITRA 2021(CARA CHECK LULUS/TIDAK)

SEMAKAN KELULUSAN I-CITRA 2021(CARA CHECK LULUS/TIDAK): Panduan Semak I-Citra Lulus atau Tidak

Artikel Popular

  • CARA MOHON BANTUAN PERKAHWINAN RM1000 KELANTAN

    CARA MOHON BANTUAN PERKAHWINAN RM1000 KELANTAN: Panduan Register & Syarat Kelayakkan

  • SEMAK PEMILIK KENDERAAN ONLINE

    SEMAK PEMILIK KENDERAAN ONLINE (CARA CHECK OWNER KERETA)

  • SEMAKAN PKSK ONLINE

    SEMAKAN PKSK ONLINE (SEMAK PUSAT UJIAN PKSK TINGKATAN 1/TINGKATAN 4 SESI 2022)

  • SEMAKAN KEPUTUSAN UPKK 2021

    SEMAKAN KEPUTUSAN UPKK 2022 : CARA SEMAK MPKAFA SECARA ONLINE

  • CONTOH SURAT RASMI RINGKAS 2021

    CONTOH SURAT RASMI RINGKAS 2022 : FORMAT TERKINI SURAT RASMI KERAJAAN & JABATAN/TIDAK HADIR KE SEKOLAH/ADUAN/RAYUAN/MOHON/ BERHENTI KERJA/RENTAS NEGERI

2021 Portal Semakan Keputusan

  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami
  • Penafian
Back to Top
Close
  • BANTUAN
  • INFO
  • SEMAKAN
  • PERMOHONAN
  • MATRIKULASI
  • AGAMA
  • TIPS
  • RENEW ROADTAX