in

TUTORIAL BUAT LIVE DI SHOPEE(PANDUAN UNTUK BUAT LIVE DI SHOPEE): Guna Applikasi Shopee Sahaja

CARA BUAT LIVE DI SHOPEE(PANDUAN UNTUK BUAT LIVE DI SHOPEE)

TUTORIAL BUAT LIVE DI SHOPEE(PANDUAN UNTUK BUAT LIVE DI SHOPEE): Guna Applikasi Shopee Sahaja

Apa itu Shopee Live?

Shopee live fungsinya sama seperti Facebook, IG atau Youtube. Anda boleh bersiaran secara live mempamerkan produk jualan anda atau apa sahaja sharing pun anda boleh lakukan sambil meletakkan produk-produk di kedai anda untuk pelanggan menempah secara direct ketika live.

Berbeza dengan Facebook Live dan lain-lain media sosial. Live mereka hanya kita dapat lihat, komen dan like namun kita nakkan produk tersebut kita kena order kemudian. Kelewatan menghubungi prospek pelanggan menyebabkan kurang sales pada waktu tersebut.

TUTORIAL BUAT LIVE DI SHOPEE(PANDUAN UNTUK BUAT LIVE DI SHOPEE): Guna Applikasi Shopee Sahaja.

Kelebihan Shopee Live

  • Anda boleh terus sharing apa sahaja kelebihan produk (USP)
  • Mempamerkan produk lebih jelas
  • Meningkatkan trafik dan engagement pelanggan dengan kedai anda
  • Close deal instantle
  • Tambah follower kedai

Kalau dekat akaun shopee korang takde fungsi shopee live stream lagi, boleh klik sini untuk aktifkan. Borang aktifkan shopee live stream

Ia mungkin mengambil masa dua hingga lima hari bekerja untuk pasukan Pembeli untuk menyemak permintaan anda untuk menggunakan ciri Shopee LiveStream. Anda akan menerima pemberitahuan sebaik sahaja anda diluluskan.

Berikut adalah cara untuk mula live di shopee, ikuti step yang ditunjukkan

  1. Buka aplikasi Shopee di handphone anda
  2. Pergi ke Me
  3. Pergi ke Buying
  4. Anda akan lihat, Live Streaming. Tekan di sini
  5. Isikan gambar produk atau cover streaming anda. Isikan tajuk dan keterangan (description) kemudian anda boleh attachkan mana-mana produk di kedai shopee anda.
  6. Submit.
  7. Mula Live

Apa yang anda perlu untuk Live Shopee kualiti baik

  • Sambungan Wi-Fi Stabil
  • Telefon pintar dengan kamera berkualiti tinggi terbina dalam
  • Tripod kecil
  • Pencahayaan yang baik

Garis Panduan Kandungan Untuk Shopee Live Streamers

Penjual sangat dilarang daripada berkongsi kandungan yang tidak sesuai semasa aliran langsung. Kandungan yang tidak sesuai merujuk kepada:

  • Kandungan yang menipu atau mengelirukan
  • Kandungan yang mengandungi perbuatan seksual
  • Kandungan ubat
  • Kandungan yang menggalakkan produk yang melanggar hak cipta
  • Produk palsu
  • Kandungan perjudian
  • Kandungan yang menggalakkan perkauman dan keganasan
  • Kandungan penyalahgunaan haiwan
  • Kandungan dagangan senjata

Selamat mencuba dan semoga membantu. Baca juga disini:

CARA APPLY VOUCHER SHOPEE RM200: Panduan Register Dan Claim Baucer Shopee RM200

INFO BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

SEMAKAN MYSALAM B40 M40 : CARA DAFTAR SECARA ONLINE

SEMAKAN MYSALAM B40 M40 : CARA DAFTAR SECARA ONLINE

KALENDAR 2022 SERTA SENARAI CUTI UMUM DAN CUTI SEKOLAH

KALENDAR 2022 SERTA SENARAI CUTI UMUM DAN CUTI SEKOLAH: Panduan Takwim 2022