in

SKIM USAHAWAN PERMULAAN BUMIPUTERA SUPERB TERAJU (GERAN PERNIAAGAAN SEHINGGA RM500,000)

SKIM USAHAWAN PERMULAAN BUMIPUTERA SUPERB

SKIM USAHAWAN PERMULAAN BUMIPUTERA SUPERB TERAJU (GERAN PERNIAAGAAN SEHINGGA RM500,000)

Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB) menyediakan geran sehingga RM500,000 untuk menyokong idea perniagaan yang inovatif dan kreatif. Ia merupakan pembiayaan untuk membantu syarikat-syarikat start-up dengan dana sebanyak RM100 juta. Sehingga Januari 2018, sebanyak RM79.8 juta dana SUPERB telah diluluskan.”

Usahawan permulaan yang berjaya menyertai program SUPERB berpeluang menerima hadiah berupa geran pembangunan perniagaan. Bagi permohonan yang berada di fasa pembentukan dan pembangunan idea atau prototaip akan berpeluang menerima geran pembangunan perniagaan berjumlah sehingga RM100 ribu.

Manakala, perniagaan yang sudah berada di fasa pra-komersial atau penkomersialan berpeluang menerima geran pembangunan perniagaan sehingga RM500 ribu.

Baca Juga: Cara semak penyata kwsp secara online

SKIM USAHAWAN PERMULAAN BUMIPUTERA SUPERB

Program ini dibuka kepada Bumiputera yang ingin menjadi usahawan atau syarikat Bumiputera yang beroperasi kurang daripada 3 tahun.

Pemilihan usahawan akan dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan SUPERB yang dianggotai sekumpulan panel usahawan yang berjaya dalam bidang perniagaan masing-masing.

Penuhi 3 langkah mudah ini dan berpeluang memenangi geran pembangunan perniagaan SUPERB

SKIM USAHAWAN PERMULAAN BUMIPUTERA SUPERB

SUPERB terbuka kepada individu atau usahawan Bumiputera dan syarikat permulaan (start-up) Bumiputera yang beroperasi kurang dari 3 tahun yang mempunyai idea atau produk yang inovatif dan kreatif serta berpotensi untuk diketengahkan.

Apakah kriteria yang akan dinilai oleh juri SUPERB?

Idea Perniagaan akan disaring berdasarkan kriteria berikut yang akan dinilai oleh
panel juri profesional terdiri daripada kumpulan usahawan dan wakil agensi.

SKIM USAHAWAN PERMULAAN  BUMIPUTERA SUPERB

 

TERAJU mengambil segala langkah teknikal dan organisasi yang sewajarnya untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat peribadi anda yang dikumpulkan menerusi pelbagai cara seperti yang dinyatakan dalam Kenyataan Privasi ini. Usaha ini termasuk, tetapi adalah tidak terhad kepada:

(i) menyimpan maklumat peribadi anda dalam persekitaran yang dijamin selamat yang tidak tersedia kepada orang awam dan hanya boleh diakses oleh kakitangan TERAJU yang diberi kuasa, dan pihak Syarikat-syarikat Berkaitan yang mana adalah terikat secara kontrak untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menyimpan maklumat dengan selamat);
(ii) memastikan langkah-langkah keselamatan yang mencukupi dilaksanakan demi melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat peribadi sensitif tertentu (seperti maklumat kad kredit dan maklumat kesihatan) semasa penghantaran, dan
(iii) mengenal pasti identiti pengguna berdaftar sebelum mereka boleh mengakses maklumat peribadi yang TERAJU simpan tentang mereka.

Cara Permohonan Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB)

Semua permohonan SUPERB perlulah dihantar melalui portal rasmi SUPERB secara dalam talian di superb.teraju.gov.my

Anda boleh menghantar seberapa banyak idea yang anda mahu sebagai pemohon. Walau bagaimanapun, kami hanya akan meluluskan satu sahaja permohonan dari anda.

Sebarang soalan mahupun cadangan boleh di email kepada e-mel di [email protected]

Kongsikan info bermanfaat ini di semua platform sosial anda agar lebih ramai yang tahu tentang Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB)

Moga perkongsian anda akan membantu mempermudahkan urusan orang lain dan menjadi lubuk pahala berpanjangan.

Sumber: TERAJU

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARA SEMAK STATUS BAYARAN BPR TAMBAHAN UNTUK AKAUN SELAIN BSN DAN TIADA AKAUN

CARA SEMAK STATUS BAYARAN BPR TAMBAHAN UNTUK AKAUN SELAIN BSN DAN TIADA AKAUN