Permohonan SIP PRIHATIN 2.0 : Elaun RM300 Cari Kerja Bagi Bukan Pencarum Perkeso
Permohonan mula dibuka mulai 15 Julai 2021 (Khamis) secara dalam talian.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang SIP PRIHATIN 2.0 dan cara membuat permohonan bagi program ini.
Kerajaan akan memperluaskan Elaun Mencari Pekerjaan kepada bukan pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) terutamanya graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal.
Jika anda telah mendaftar di platform MYFutureJobs anda akan layak menerima insentif Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) di bawah SIP Prihatin 2.0 sekurang-kurangnya RM300.
Jika anda ingin mememohon, permohonan mula dibuka mulai 15 Julai 2021 (Khamis) secara dalam talian.
Baca Juga : Bakul Prihatin Negara : Borang Permohonan Bantuan Makanan Bagi Keluarga Terkesan
Contents
SIP PRIHATIN 2.0 :
Perluasan Elaun Mencari Pekerjaan atau SIP PRIHATIN 2.0 yang diumumkan di bawah Pakej PEMULIH membolehkan individu yang tidak dilindungi di bawah Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO untuk turut menerima manfaat.
Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) telah ditubuhkan pada 1 Januari 2018 untuk menyediakan penggantian pendapatan kepada Orang Berinsurans (OB) yang kehilangan pekerjaan.
Menerusi Belanjawan 2021, Kerajaan telah memperkenalkan bantuan kewangan SIP Prihatin menerusi Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) untuk membantu pekerja yang mencarum dengan PERKESO dan kehilangan pekerjaan meneruskan kelangsungan hidup serta mendapatkan peluang pekerjaan baharu.
Kini, bantuan segera ini turut diperluaskan kepada golongan bukan pencarum PERKESO termasuk graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal melalui SIP PRIHATIN 2.0.
Baca Juga : Semakan Keputusan
Syarat Permohonan Kelayakan SIP PRIHATIN 2.0
- Individu kehilangan pekerjaan yang tidak dilindungi di bawah Sistem Insurans Pekerjaan.
- Berdaftar dan aktif menjalankan aktiviti carian pekerjaan melalui portal MYFutureJobs
- Individu menganggur.
- Menghadiri sekurang-kurangnya 6 temuduga dalam masa 2 bulan.
Cara Daftar MYFutureJobs
Permohonan SIP, anda boleh membuat pendaftaran di MyFutureJobs PERKESO. Bagi pencari kerja, pendaftaran di portal MyFutureJobs PERKESO boleh meningkatkan peluang prospek kerjaya masa depan anda. semua inisiatif ini merupakan di bawah myfuturejobs.gov.my
Anda boleh ikuti cara daftar MyFutureJobs bagi pencari kerja:
- Untuk mendaftar, anda perlu melengkapkan butiran diri anda di laman web berikut: www.myfuturejobs.gov.my
- Daftarkan profil peribadi
- Tekan butang ‘Jobseeker Sign In’
- Klik butang ‘Register Here’ sebagai pengguna kali pertama
- Isikan e-mel
- Isi nombor kad pengenalan
- Isi butiran-butiran yang diperlukan
- Setelah mendaftar, anda boleh terus login dan mencari bidang kerjaya yang diinginkan mengikut lokasi yang ditawarkan
- Kemaskini maklumat selanjutnya bagi membolehkan anda membuat permohonan kerjaya dengan lebih mudah.
Untuk melihat senarai tawaran pekerjaan PENJANA KERJAYA, anda juga boleh terus ke pautan ini: https://eisjobs.perkeso.gov.my/
Maklumat Lanjut
Soalan-soalan lazim (FAQ) bagi setiap inisiatif di bawah PEMULIH akan dimuat naik ke laman
web dan media sosial rasmi PERKESO dalam masa terdekat.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Careline PERKESO 1300-22-8000 atau layari laman web PERKESO di www.perkeso.gov.my.
2 Comments
Leave a Reply2 Pings & Trackbacks
Pingback:GKP 4.0 : Permohonan Baru Dan Cara Daftar Geran Khas Prihatin | Semakan Keputusan
Pingback:Cara Daftar KT Online Untuk Permohonan Baru Dan Semakan Baki Serta Dividen Koperasi Angkatan Tentera | Semakan Keputusan