REGISTER MYBKM : DAFTAR BARU BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022 ONLINE
Menerusi pembentangan Belanjawan 2022, Bantuan Keluarga Malaysia 2022 (BKM) ini adalah pembaharuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Bantuan ini telah ditambah dari segi jumlah bayarannya kepada jumlah yang relevan untuk pada masa sekarang.
Apa Itu BKM 2022
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai untuk memberi lebih tumpuan kepada mereka yang terkesan mengikut kategori.
Bantuan Keluarga Malaysia kali ini adalah yang tertinggi berbanding sebelum ini di mana Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) hanya memperuntukkan sebanyak RM1,800.
Baca juga disini: EKASIH ICU GOV MY DAFTAR : SEMAKAN DAN PERMOHONAN
REGISTER MYBKM : DAFTAR BARU BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022 ONLINE
Tarikh Bayaran Bantuan BKM 2022
Pembayaran BKM akan diberikan 4 kali setahun dan akan dimaklumkan dengan lebih lanjut dan masa ke masa.
Jenis-jenis Pemohon Yang Buat Permohonan Pendaftaran Baru BKM 2022
- Ketua isi rumah (Belum pernah membuat sebarang permohonan BPR).
- Individu bujang (Belum pernah membuat sebarang permohonan BPR).
- Warga emas lelaki atau wanita (Belum pernah membuat sebarang permohonan BPR).
- Tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada.
Syarat Kelayakkan Untuk Permohonan Pendaftaran Baru BKM 2022
a) Isi Rumah
- Sudah berkahwin.
- Ibu atau Bapa Tunggal
- Balu/Janda/Duda yang tiada anak menepati syarat
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5000 dan ke bawah.
b) Warga Emas Bujang atau Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal
- Balu/Janda/Duda yang tiada anak yang menepati syarat.
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas.
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5000 dan ke bawah.
c) Individu Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal
- Balu/Janda/Duda yang tiada anak yang menepati syarat.
- Had umur adalah 21-59 tahun.
- Pendapatan Bujang adalah RM2500 dan ke bawah.
Cara Daftar Permohonan Baharu BKM 2022
- Sila layari https://bkm.hasil.gov.my/
- Klik pada Permohonan Baharu
- Setelah itu, Masukkan No. MyKad dan klik Semak. Sila isi maklumat di bahagian bertanda (*).
- Klik Teruskan selepas selesai mengisi maklumat
- Isi Kod Captcha dan klik Sahkan Captcha.
- Tandakan Perakuan Pemohon Berkenaan.
- Klik pada butang Hantar bagi meneruskan permohonan.
- Setelah selesai dan permohonan telah berjaya dihantar, sila klik butang Cetak untuk memuat turun rekod permohonan anda.