RAYUAN BKM 2022 : PERMOHONAN/SEMAKAN/TARIKH BAYARAN
Bantuan Keluarga Malaysia atau singkatannya BKM telah diumumkan melalui Belanjawan 2022 dan bantuan ini adalah bantuan tunai ini ditambah baik berbanding bantuan kewangan sebelum ini agar bantuan ini boleh merangkumi lebih ramai penerima yang layak. Sebelum ini bantuan ini dikenali sebagai Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
Seperti yang dimaklumkan, tempoh pengemaskinian maklumat / permohonan baharu BKM boleh dibuat mulai 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022 (1 bulan). Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa. Bagi pembayaran BKM akan akan dilaksanakan selepas tamat tempoh pengemaskinian/permohonan.
Tetapi bagaimana sekiranya permohonan anda tidak lulus? Semestinya anda ingin akan membuat permohonan rayuan. Bagaimana caranya? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
Baca Juga: BORANG BKM : PORMOHONAN DAN KEMASKINI BKM 2022
TUJUAN RAYUAN BKM
Rayuan BKM ini adalah bagi mereka yang berstatus tidak lulus BKM ataupun mereka yang berstatus lulus BKM akan tetapi ingin membuat rayuan pertambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan bulanan.
TEMPOH PERMOHONAN RAYUAN
Permohonan rayuan akan dibuka secara atas talian (online) bermula 2 Mei 2022.
CARA SEMAKAN STATUS BKM
Sebelum itu, anda perlu tahu adakah permohonan status BKM anda sama ada diterima , diluluskan atau tidak. Berikut adalah cara membuat semakan BKM:
Layari laman web rasmi BKM di sini: http://bkm.hasil.gov.my/
Masukkan no kad pengenalan anda
Masukkan kod catcha yang tertera
Tekan semak
Status BKM anda akan terpapar
Baca Juga: CHECK MYBKM : SEMAKAN STATUS BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022 ONLINE
CARA PERMOHONAN RAYUAN BKM 2022
Terdapat dua cara permohonan rayuan boleh dibuat.
- Melalui atas talian pada laman web http://bkm.hasil.gov.my/
login ke dalam sistem BKM dan masuk ke bahagian MyBKM dan klik Permohonan Rayuan. - Dengan menghantar borang rayuan di mana mana cawangan LHDNM.
NOTA: Perlu diingat bahawa dokumen sokongan diperlukan semasa melakukan rayuan ianya bergantung kepada jenis kod tidak lulus anda.
SOALAN LAZIM BKM 2022
Siapakah yang layak membuat permohonan rayuan?
Mereka yang mempunyai status tidak lulus ataupun mereka yang menukar butiran seperti bilangan anak dan taraf perkahwinan.
Bolehkah permohonan rayuan dilakukan secara online?
Ya. Login ke dalam sistem BKM.
Bilakah tarikh tutup permohonan rayuan ini?
Akan dikemaskini
I am not working since November 2021. No income since then .
Why bkm is rejected?