MySPR : SEMAKAN PENGUNDI, TUKAR ALAMAT DAN DAFTAR PENGUNDI BARU
Untuk makluman semua, pendaftaran pengundi baharu dan tukar alamat kawasan mengundi kini boleh dibuat melalui portal MySPR Daftar dengan mudah secara online.
Mengundi sudah menjadi hak atau tanggungjawab setiap warganegara yang layak untuk pilih kerajaan memerintah melalui pemilihan wakil rakyat.
Sebelum boleh mengundi, anda perlu mendaftar nama sebagai pemilih terlebih dahulu, kerana anda tidak boleh mengundi sekiranya belum berdaftar sebagai pemilih.
Baca juga disini: TEDUH KPKT GOV MY : PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK B40 TAHUN 2022
Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Disember 2021
DPT BLN12/2021 boleh disemak melalui kaedah berikut:
- Portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my; atau https://mysprsemak.spr.gov.my;
- Aplikasi mudah alih MySPR Semak;
- Portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my; atau Hotline SPR di talian 03-8892 7018.
TUNTUTAN
Dalam tempoh semakan ini, boleh kemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C sehingga 31 Disember 2021
- Warganegara umur 18 tahun ke atas, atau;
- Pemilih berdaftar yang mohon tukar bahagian pilhan raya atau;
- Pertukaran status/kategori pengundi yang tiada nama dalam DPT BLN12/2021
- Bagi mana-mana pemilih yang ada nama dalam DPT BLN12/2021 tetapi ada kesilapan kawasan daftar
TUNTUTAN boleh dibuat secara online di MySPR atau pergi ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan
BANTAHAN
Dalam tempoh semakan, mana-mana pemilih yang ingin membuat BANTAHAN kemasukkan nama pemilih boleh buat pertukaran dengan mengisi Borang D
- Seorang pembantah tidak dibenarkan bantah melebihi 20 nama
- Dengan bayaran sebanyak RM10 bagi setiap orang yang dibantah
- Pembantah perlu hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan untuk kemukakan Borang D serta bayaran
Cara Semakan Daftar Pemilih Online (MySPRSemak)
- Pergi ke Portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my; atau https://mysprsemak.spr.gov.my;
- Isikan nombor kad pengenalan dan kod Captcha yang dipaparkan.
- Tekan butang Semak.
- Maklumat peribadi dan kawasan mengundi akan dipaparkan dengan terperinci.
- Cetak dan simpan maklumat untuk rujukan.
Cara Tukar Alamat Tempat Mengundi Di IC Secara Manual
Kemaskini alamat pada MyKad boleh dibuat dengan pergi ke mana-mana pejabat JPN dengan bawa dokumen sokongan berkaitan
Cara Daftar Mengundi Online Melalui MySPR Daftar
Langkah 1: Permohonan Akaun Pengguna
- Sila layari laman web https://mysprdaftar.spr.gov.my/
- Klik pada Permohonan Akaun Baru
- Maklumat yang diperlukan untuk buka akaun MySPR seperti berikut:
- Nombor telefon bimbit yang sah
- Emel yang sah
- Gambar depan kad pengenalan
- Gambar swafoto bersama kad pengenalan
Pegawai SPR akan semak pendaftaran akaun secara manual.
Sebaik disahkan benar, satu emel pengaktifan akaun akan dihantar ke emel anda.
Langkah 2: Pengaktifan Akaun Pengguna
- Anda boleh login MySPR Daftar untuk mengisi borang pendaftaran pemilih secara online selepas akaun disahkan.
- Login menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.
Langkah 3: Isi Borang A
- Selepas berjaya login, klik Status Saya.
- Sekiranya anda belum didaftar sebagai pemilih, klik Borang A (Pendaftaran Baru / Pertukaran Alamat).
- Isi kesemua maklumat yang diminta kemudian klik pada butang Hantar.
Butiran Lanjut
Untuk butiran lanjut tentang MySPRSemak sila hubungi hotline SPR di
No. Talian Hotline Pendaftaran Pemilih : 03-88927018