in

LZSPeduli : CARA MOHON ZAKAT BANJIR SELANGOR

LZSPeduli

LZSPeduli : CARA MOHON ZAKAT BANJIR SELANGOR

NOTA Permohon boleh membuat permohonan bermula pada 23 Disember 2021 sehingga 30 Disember 2021 secara atas talian.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah melancarkan bantuan bagi membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di seluruh Negeri Selangor menerusi Lembaga Zakat Selangor (LZS) Peduli (Bantuan Banjir Zakat Selangor).

LZS Peduli memperuntukkan bantuan secara ‘one-off’ untuk meringankan beban golongan fakir, miskin dan muallaf serta orang awam yang terjejas teruk akibat banjir.

Baca juga disini: CLAIM INSURANS KERETA BANJIR : CARA YANG BETUL UNTUK CLAIM INSURANS KERETA AKIBAT BANJIR

LZSPeduli : CARA MOHON ZAKAT BANJIR SELANGOR

LZS Peduli

Jumlah Bantuan LZSPeduli

Jumlah bantuan yang akan diberikan menerusi LZS Peduli (Bantuan Banjir Zakat Selangor) adalah RM600.

Syarat Layak Mohon Bantuan LZSPeduli

  • Pemohon adalah beragama Islam.
  • Pemohon adalah warganegara Malaysia atau permastautinan tetap.
  • Lahir dan menetap di Selangor (bermastautin) di negeri Selangor tidak kurang daripada 3 tahun.

Cara Mohon Bantuan LZSPeduli

  1. Langkah pertama layari laman web pautan Zakat Selangor .
  2. Kemudian klik butang Mohon Sumbangan LZSPeduli.
  3. Masukkan kod ‘Captcha’ dan no kad pengenalan diikuti dengan butang Semak.
  4. Selanjutnya isi maklumat yang diperlukan dan klik Hantar Permohonan.
  5. Isi maklumat yang diperlukan.
  6. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  7. Last lengkapkan permohonan sehingga tamat.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang harus diupload semasa buat permohonan:

  • Laporan polis atau pengesahan pimpinan masyarakat.
  • Mykad Ketua keluarga (bukan asnaf).
  • No. akaun bank (bukan asnaf).

Kaedah Pembayaran

Kaedah bayaran dibuat melalui kaedah bayaran terus ke akaun pemohon yang didaftarkan.

  • Akaun bank masih aktif untuk proses transaksi bayaran.
  • Akaun bank adalah akaun individu, dan bukan akaun bersama.
  • Maklumat nombor akaun dan nama bank dimuat naik dengan jelas.

Tarikh Kelulusan & Bayaran

Pembayaran dibuat dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh kelulusan dalam portal.

Butiran Lanjut

Itu sahaja yang ingin dikongsikan, untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Talian Zakat Selangor 1-300-88-4343 atau terus dapatkan info di LZSPeduli Zakat Selangor 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

SEMAKAN KEPUTUSAN UPKK 2021

SEMAKAN KEPUTUSAN UPKK 2022 : CARA SEMAK MPKAFA SECARA ONLINE