LOGIN EPSA GURU : CARA DAFTAR KURSUS E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM 2022
Kepada penjawat awam,contohnya guru-guru,anda boleh layari portal EPSA(E-Pembelajaran Sektor Awam) bagi register kursus online bagi mengumpul mata kredit SPLKPM.
Login EPSA guru Melalui EPSA,penjawat awam dapat belajar belajar secara atas talian melalui modul kursus yang disediakan.
Baca Juga: SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN (SJKP) : CARA PERMOHONAN DAN SYARAT KELAYAKAN
APA ITU EPSA?
E-Pembelajaran Sektor Awam merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia dan INTAN diberikan mandat untuk menggalakkan penggunaan ICT kepada kakitangan awam untuk tujuan pembelajaran berterusan dan sepanjang hayat.
Setiap penjawat awam sama ada pra, di dalam atau selepas perkhidmatan layak menjadi ahli EPSA yang disediakan bebas dan mudah dan tertakluk kepada dasar privasi.
Melalui EPSA juga,penjawat awam dapat meningkatkan pengetahuan dan latihan secara berterusan,bila-bila masa dan dimana sahaja.
SEMAKAN KELAYAKAN REGISTER EPSA
Siapakah Yang Boleh Mendaftar EPSA?
Pegawai dan kakitangan kerajaan Malaysia sahaja dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan sistem E-Pembelajaran Sektor Awam ini.
LOGIN EPSA GURU
CARA REGISTER KEAHLIAN EPSA
Berikut adalah cara pendaftaran keahlian EPSA:
Pendaftaran Keahlian EPSA hanya sekali sahaja di sepanjang perkhidmatan. Untuk mendaftar keahlian pada sistem EPSA, pengguna perlu klik butang ‘Daftar’.
Terdapat 2 jenis pendaftaran keahlian EPSA,iaitu pengguna yang mempunyai e-mel rasmi jabatan dan tidak mempunyai e-emel jabatan.
CARA REGISTER KEAHLIAN EPSA (PENGGUNA YANG MEMPUNYAI EMAIL RASMI JABATAN)
- Isi maklumat no. KP, nama dan e-mel
- Klik butang ‘Daftar’
- Terima e-mel 1: Pengguna perlu klik pautan untuk mengesahkan pendaftaran dalam tempoh masa 48 jam sebelum ia luput
- Terima e-mel 2: Pengguna boleh menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang diberikan dalam e-mel tersebut untuk mengakses sistem EPSA
CARA REGISTER KEAHLIN EPSA (PENGGUNA YANG TIDAK MEMPUNYAI EMAIL RASMI JABATAN)
- Klik Surat Pengesahan Majikan dan isi maklumat yang diperlukan. Cetak surat tersebut dan dapatkan tandatangan penyelia
- Isi maklumat no. KP, nama dan e-mel persendirian
- Pengguna perlu memuat naik imbasan surat pengesahan yang telah ditandatangani oleh penyelia
- Klik butang ‘Daftar’
- Tunggu kelulusan pendaftaran keahlian akan diproses dalam tempoh tiga hingga lima (3-5) hari waktu bekerja
- Terima e-mel: Pengguna boleh menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang diberikan dalam e-mel tersebut untuk mengakses sistem EPSA
CARA REGISTER KURSUS EPSA
Berikut adalah cara daftar kursus EPSA:
- Klik ‘Log Masuk’ ke Portal EPSA
- Klik Menu ‘Katalog Kursus’. Pengguna boleh melihat senarai kursus EPSA mengikut kategori. Kursus hanya boleh didaftarkan satu (1) kali sahaja bagi setiap kursus.
- Kaedah Pembelajaran
- Pembelajaran melalui Portal EPSA adalah secara atas talian iaitu boleh dicapai/digunakan di mana-mana dan bila-bila masa sahaja (24 jam 7 hari) dengan adanya capaian internet sama ada melalui wi-fi, streamyx, broadband dan lain-lain lagi.
Untuk makluman Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengiktiraf satu (1) hari bersamaan 6 jam melalui EPSA. Sebagai contoh Kursus Amalan Budi Bahasa bernilai 12 jam 6 bersamaan dua (2) hari kursus.
Manakala bagi bahan pembelajaran adalah dalam bentuk bahan multimedia iaitu mengandungi:
- Suara
- Animasi
- Gambar
- Teks
- memerlukan beberapa interaktif daripada pengguna
- penilaian kendiri untuk menguji kefahaman pengguna.
SURAT TAMAT KURSUS EPSA
Pengguna boleh mencetak sendiri Surat Tamat Kursus dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut:
- Klik pada menu ‘Sijil’.
- Dipaparkan senarai kursus yang telah tamat. Klik ‘Jana Sijil’ pada kursus yang dikehendaki.
- Syarat untuk mendapatkan Surat Tamat Kursus adalah mengikut kriteria seperti berikut:
- Pastikan Tiang Bar setiap topik dan sub-topik tamat/selesai.
- Pastikan memenuhi ‘Tempoh Minimum Pembelajaran’.
- Sebagai contoh Kursus Amalan 5 S, ‘Tempoh Minimum Pembelajaran’ = 1 jam. Pengguna perlu menghabiskan kursus tersebut dalam tempoh masa >= 1 jam dan boleh diperiksa di
- Progress Report atau My Progress.
- Pembelajaran dalam tempoh satu (1) jam boleh disambung pada hari berikutnya.
SOALAN LAZIM EPSA
Bagaimana untuk mengisi Buku Log Kursus / Latihan?
Bagi tujuan menulis kehadiran kursus Pembelajaran Kendiri melalui EPSA, daripada Surat Tamat kursus terdapat Tarikh Tamat Kursus.
Tarikh Mula Kursus adalah tarikh dianjak ke belakang daripada Tarikh Tamat Kursus.
Sebagai Contoh Kursus Amalan 5 S, nilai jam kursus adalah 12 jam = 2 hari kursus. Tarikh Tamat Kursus adalah 9 April 2020, maka Tarikh Mula Kursus adalah 8 April 2020.
Saya terlupa kata laluan EPSA,macam mana nak buat?
Jika pengguna terlupa kata laluan, maka pengguna perlu klik hiperangkai ‘Lupa Kata Laluan’ di bawah petak Log Masuk dan memasukkan ID Pengguna/No. Kad Pengenalan di dalam petak ‘Lupa Kata Laluan’.
Kata Laluan sementara yang baharu akan dihantar kepada pengguna menerusi e-mel.
Bagaimana jika login EPSA jika saya tidak menerima e-mel?
Jika pengguna tidak menerima e-mel tersebut, maka pengguna boleh menghubungi Bantuan EPSA di talian 03-20847777 samb. 7689/7701/7702 (Isnin-Jumaat:8.30 pagi – 4.30 petang, Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan AM: TUTUP) .
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika ada pertayaan dan maklumat lanjut tentang register login EPSA,boleh hubungi di talian 03-20847777 samb. 7689/7701/7702
Isnin-Jumaat:8.30 pagi – 4.30 petang
Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan AM: tutup