in

CARA SEMAK REKOD JENAYAH PASANGAN SEBELUM KAHWIN (Guna Nombor IC)

CARA SEMAK REKOD JENAYAH PASANGAN SEBELUM KAHWIN (Guna Nombor IC)

Cara Semak Rekod Jenayah Pasangan Sebelum Kahwin (Guna Nombor IC)

Dalam tempoh perkenalan semuanya indah, jadi sebelum berkahwin mungkin tidak semua perkara akan dikongsi bersama pasangan. Anda sebenarnya boleh semak latar belakang pasangan sama ada pernah melakukan jenayah atau tidak dengan hanya menerusi nombor kad pengenalan.

Bagaimana ingin membuat semakan rekod jenayah pasangan? Disini kami kongsikan cara semak melalui portal e-Syariah, semoga membantu.

Baca Juga: Cara Semak Penyata Kwsp Secara Online

Cara Semak Rekod Jenayah Pasangan Sebelum Kahwin

APA ITU KES JENAYAH MAHKAMAH SYARIAH

Kes jenayah yang dijelaskan dalam mahkamah Syariah, kes jenayah itu bukanlah kes-kes sivil seperti mencuri, dadah dan membunuh. Kes Jenayah Syariah adalah seperti ditangkap berkhalwat, berzina, minum arak, tak berpuasa dan seumpama. Kes Mal tu seperti rebut penjagaan anak, kes cerai, pusaka dsb.

Untuk mengetahui Jenis-jenis kes jenayah di bawah pengkelasan mahkamah Syariah boleh rujuk DISINI

PENGKELASAN KES JENAYAH MAHKAMAH SYARIAH

Tidaklah sebagaimana Mahkamah Sivil, bidang kuasa jenayah bagi Mahkamah Syariah adalah ‘dikurniakan’ oleh Perlembagaan Persekutuan. Bidang kuasa Mahkamah Syariah telahpun ditentukan oleh Akta Mahkamah Syariah Bidang kuasa Jenayah 1965 (Pindaan 1984). Iai memperuntukkan bahawa Mahkamah Syariah boleh menjatuhkan hukuman maksimum RM5000.00 denda, ataupun penjara maksimum 3 tahun ataupun sebatan 6 kali ataupun gabungan antara hukuman-hukuman berkenaan.

Semua kesalahan dan hukuman yang disebutkan ini adalah termasuk di dalam konsep takzir yang ditentukan oleh Islam dalam konteks kes-kes jenayah.

Dalam konteks Mahkamah Syariah di Malaysia, kesalahan-kesalahan jenayah syariah ini boleh dilihat peruntukannya di dalam tiga tempat:

  1. Kesalahan-kesalahan yang diperuntukkan di bawah Undang-undang Pentadbiran Agama Negeri-negeri,
  2. Kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen/Ordinan/Akta Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri, dan
  3. Kesalahan-kesalahan di bawah Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah yang secara khususnya memberikan peruntukan berkaitan dengan jenayah berkenaan.

CARA SEMAKAN STATUS JENAYAH PASANGAN

Semakan status jenayah pasangan melalui IC boleh dilakukan secara online melalui Portal Rasmi e-Syariah. Berikut adalah langkah-langkah semak status jenayah pasangan:

  1. Layari laman www.esyariah.gov.my
  2. Scroll sehingga jumpa ruangan Semak Status Kes
  3. Kemudian tick pada Jenayah.
  4. Sila masukkan nombor kad pengenalan atau IC, klik butang Cari.
  5. Senarai maklumat Jenayah mengenai pasangan Anda akan terpapar secara detail (sekiranya ada)
  6. Selesai

SOALAN LAZIM

Apakah syarat-syarat sesuatu kes boleh didaftarkan di Mahkamah Syariah?

Semua orang Islam yang berkahwin secara sah mengikut Hukum Syarak dan bermastautin di dalam sesuatu negeri boleh mendaftarkan permohonan atau tuntutan di mana-mana Mahkamah Syariah di tempat dia bermastautin.

Berapa lama proses panggilan untuk sebutan setelah kes didaftarkan?

Pada kelazimannya, sebutan akan akan dibuat dalam masa 21 hari selepas pendaftaran disempurnakan.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat lanjut tentang semakan rekod jenayah pasangan anda boleh layari portal rasmi E-Syariah di pautan http://www.esyariah.gov.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CARA SEMAK STATUS BAYARAN BPR TAMBAHAN UNTUK AKAUN SELAIN BSN DAN TIADA AKAUN

CARA SEMAK STATUS BAYARAN BPR TAMBAHAN UNTUK AKAUN SELAIN BSN DAN TIADA AKAUN

KHASIAT DAN KEBAIKAN DURIAN BELANDA YANG PERLU ANDA TAHU