in

KURSUS SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (TABIKA/TASKA) TAHUN 2022

sijil pendidikan awal kanak kanak kolej komuniti 2022, permohonan diploma pendidikan awal kanak kanak 2022, kursus pendidikan awal kanak kanak onli

KURSUS SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (TABIKA/TASKA) TAHUN 2022

Berita baik buat warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon mengikuti Kursus Sijil Awal Kanak-kanak (Tabika/Taska) Tahun 2022

Calon-calon yang berjaya dalam kursus pendidikan awam kanak-kanak akan di pertimbangkan untuk berkhidmat sebagai jawatan yang telah ditetapkan (Guru tadika/Taska Kemas)

Baca Juga: Cara Bayar Saman PDRM Online 2021 (mybayar.rmp.gov.my)

KURSUS SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (TABIKA/TASKA)

Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (Tabika/Taska)

SYARAT DAN KELAYAKAN PERMOHONAN:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

(d) Calon hendaklah memiliki kepujian (Sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

(e) Keutamaan kepada calon yang mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mengikut bidang jawatan;

(f) Terbuka kepada calon lelaki dan perempuan;

(g) Tidak berkhidmat sebagai kakitangan lantikan tetap atau kontrak (contract of
service) dalam perkhidmatan Kerajaan.

MAKLUMAT ASAS KURSUS

  • Tempat – Institut/Pusat Latihan Kemas
  • Tempoh – Tiga bulan atau tertakhluk kepada perubahan yang ditetapkan jabatan

CARA MEMOHON:

  1.  Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di (kis.kemas.gov.my) mulai
    13 Disember 2021 (Isnin).
  2. Pemohon hanya dibenarkan untuk mengisi satu (1) jawatan sahaja.
  3. Permohonan yang lewat diterima atau tidak mengikut syarat seperti dinyatakan akan ditolak.
  4. Hanya permohonan yang dibuat secara atas talian sahaja akan diproses.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

02 Januari 2022 (Ahad)

PANGGILAN TEMUDUGA

  1. Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.
  2. Calon yang tidak dihubungi selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya. Surat pemberitahuan tidak akan dikeluarkan oleh Jabatan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SEMAK TARIKH SPM STAM UPBA SESI 2021/2022

SEMAK TARIKH SPM STAM UPBA SESI 2021/2022: Jadual Lengkap & Terkini Dari KPM