in

KERETA BANJIR APA PERLU BUAT : CARA CLAIM INSURAN BENCANA

KERETA BANJIR APA PERLU BUAT

KERETA BANJIR APA PERLU BUAT : CARA CLAIM INSURAN BENCANA

Kejadian yang tidak diingini seperti bencana alam seperti banjir, ribut dan sebagainya memang tak boleh dijangkakan dan dielakkan.

Berkaitan dengan banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia secara mengejut memberi dampak besar kepada rakyat yang terjejas, akibat air naik secara cepat banyak harta benda yang tak dapat diselamatkan termasuk dengan kereta-kereta yang banyak tersadai akibat banjir.

Sudah pasti ramai sedih dan tertanya-tanya samada boleh atau tidak claim polisi insurans kereta akibat banjir, jadi disini kami akan kongsikan cara untuk claim insurans akibat bencana alam itu.

Baca juga disini: BANTUAN BANJIR RM1000 : Untuk setiap ketua isi rumah yang terjejas 2021

KERETA BANJIR APA PERLU BUAT : CARA CLAIM INSURAN BENCANA

Caruman Claim Insurans Kereta Akibat Banjir

Tetapi suka diingatkan bagi yang ingin claim insurans kereta banjir ini hanya boleh dituntut jika anda mencarum dengan Special Perils sahaja.

Jika anda tiada coverage ini, anda tak boleh claim dan perlu baiki sendiri. Jika ada Special Perils (flood) , boleh terus hubungi syarikat insurans atau takaful anda.

Syarikat InsuransManfaatKadar Premium
(*kadar premium x nilai semasa kereta)
Allianz MalaysiaBencana alam0.25%
AM GeneralBanjir, ribut taufan, dan tanah runtuh0.23%
AXA AffinBencana Alam0.23%
Etiqa TakafulBencana alam0.50%
Etiqa TakafulBanjir dan ribut taufan0.27%
RHB Insurance (Full Cover)Bencana Alam0.25%
RHB Insurance ( Limited Cover)Bencana Alam0.40%
Zurich TakafulBanjir dan tanah runtuh0.20%

 

Benda Yang Perlu Dilakukan Jika Kereta Kena Banjir

  • Jangan start enjin kenderaan anda.
  • Ambil gambar, catat lokasi, masa dan tarikh kejadian banjir.
  • Sekiranya bila banjir dah surut terus call towing insurans untuk tow kereta ke balai polis untuk buat report.
  • Selepas siap buat report, boleh hantar ke mana-mana workshop panel insurans untuk membuat claims.

Langkah Buat Tuntutan Sekiranya Kenderaan Kena Banjir

a) Hubungi Pihak Insurans Anda

  • Anda boleh menghubungi pihak insurans anda sekiranya kereta anda rosak akibat air banjir dan memerlukan perkhidmatan trak tunda.
  • Pastikan anda tidak memandu kereta anda sendiri kerana ia mungkin boleh menyebabkan kerosakan kereta yang lebih teruk.

b) Kumpul Bukti Berkenaan Kereta Anda – Senarai butiran dan/atau dokumen-dokumen yang diperlukan oleh kebanyakan syarikat insurans dalam urusan tuntutan insurans:

  • Catatan lokasi dan masa/tarikh kereta ditenggelami banjir
  • Ambil gambar kerosakan kereta yang ditenggelami banjir
  • Salinan lesen memandu pemilik kereta
  • Salinan kad pengenalan pemilik kereta
  • Salinan geran kereta
  • Salinan polisi insuran
  • Butiran/dokumen sokongan yang menjelaskan kerosakan kereta (sekiranya ada)

c) Buat Laporan Polis Secepat Mungkin

  • Jika diikutkan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, laporan polis perlu dibuat dalam tempoh masa 24 jam.
  • Jika anda mempunyai alasan yang munasabah, anda masih boleh membuat laporan polis walaupun melepasi tempoh masa 24 jam.
  • Bila keadaan mengizinkan, anda hendaklah membuat laporan polis secepat yang mungkin.

d) Serahkan Borang Tuntutan Dan Dokumen Sokongan Kepada Syarikat Insurans

  • Setelah mengumpul dokumen-dokumen yang diperlukan, anda hendaklah menyerahkan borang tuntutan bersama dokumen-dokumen tersebut kepada agen insurans atau syarikat insurans anda.
  • Mereka akan memaklumkan kepada anda tempoh masa yang diperlukan bagi memproses tuntutan anda.

e) Hantar Kereta Ke Bengkel Panel Syarikat Insurans Anda

  • Anda hendaklah menghantar kereta anda ke bengkel panel syarikat insurans anda.
  • Senarai bengkel panel di kawasan anda boleh didapati daripada pihak insurans anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BANTUAN BANJIR MAYBANK

BANTUAN BANJIR MAYBANK : MENGIKUT BEBERAPA KAEDAH

JAWATAN KOSONG PERBADANAN MUZIUM NEGERI KELANTAN

JAWATAN KOSONG PERBADANAN MUZIUM NEGERI KELANTAN