JAWATAN KOSONG (UPSI) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi awam yang penting dalam lipatan sejarah pendidikan negara. Institusi ini berkembang secara bertahap dari sebuah kolej ke sebuah universiti. Agak menarik apabila meneliti tahap perkembangan institusi ini, kerana ia meniti satu landasan sejarah yang sama, mendukung falsafah penubuhan yang sama dan mekar dalam taman yang sama. Secara kronologi, perkembangan UPSI melalui tiga era, iaitu era SITC (29 November 1922 – 1957), era MPSI (1957 – 1987) dan era IPSI (21 Februari 1987 – April 1997). Tiga era ini juga memperlihatkan wadah generasi pendidik yang dilahirkan oleh institusi ini dalam tempoh 75 tahun.
Tanggal 1 Mei 1997 bermulalah lembaran barunya sebagai sebuah universiti, apabila universiti ini diperbadankan di bawah Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997 menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 132 & 133 yang bertarikh 24 Februari 1997.
Baca Juga: SENARAI BANTUAN KERAJAAN BULAN NOVEMBER 2021: Semak Sekarang Bantuan Sepanjang November
JAWATAN KOSONG (UPSI) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Berikut merupakan maklumat iklan kerja kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Info kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Kami hanya menyiarkan maklumat kekosongan jawatan untuk memudahkan anda membuat permohonan
Jawatan:
1. SKIM PERKHIDMATAN KHAS UNIVERSITI (ARKITEK LANSKAP) GRED 41
2. SKIM PERKHIDMATAN KHAS UNIVERSITI (PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK / TEKNOLOGI MAKLUMAT) GRED 29
3. SKIM PERKHIDMATAN KHAS UNIVERSITI (PENTADBIRAN) GRED 19
4. SKIM PERKHIDMATAN KHAS UNIVERSITI (PEMBANTU OPERASI / PENYELAMAT KOLAM / PENGASUH) GRED 11
Panduan permohonan:
- Pemohon perlu mendaftar dan mempunyai akaun dengan Online Job Application UPSI (myjobs.upsi.edu.my). (link admin ada sediakan di bawah)
- Untuk permohonan jawatan kali kedua dan seterusnya, pemohon tidak perlu mendaftar semula atau mewujudkan akaun baru, sebaliknya hanya perlu mengemaskini profail dan jawatan yang dipohon dalam akaun sedia ada.
- Permohonan secara atas talian perlu diisi dengan lengkap kerana permohonan akan diproses menggunakan permohonan atas talian ini. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak dan tidak akan diproses.
- Setelah permohonan lengkap diisi, 4.1 sila cetak dan pastikan gambar berjaya dimuat naik/dilekatkan; 4.2 sila sertakan salinan keputusan-keputusan peperiksaan, sijil-sijil Kokurikulum dan sebagainya yang berkaitan (yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke atas); 4.3 cetakan permohonan dihantarkan ke alamat seperti di bawah; 4.4 pemohon yang terdiri daripada warga UPSI (kakitangan bertaraf kontrak / sementara) perlu menghantar permohonan bersama surat iringan kepada Pendaftar UPSI melalui Ketua Pusat Tanggungjawab (PTj).
- Pemohon perlu menyemak dari semasa ke semasa di bahagian Berita/Maklumat Terkini di myjobs.upsi.edu.my untuk mengetahui status terkini permohonan. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pemohon mendakwa tidak mengetahui mengenai status permohonannya disebabkan pemohon tidak menyemak status permohonan secara atas talian di ruangan tersebut.
- Pemohon diminta mengisi alamat emel yang aktif. Permohonan secara atas talian ini akan menggunakan emel sebagai salah satu medium komunikasi antara pihak UPSI dan pemohon. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pihak pemohon tidak menerima makluman yang dihantar secara emel kepada pemohon yang disebabkan oleh pemohon tidak mengakses emelnya.
- Pemohon tidak boleh dikalangan pelajar yang sedang mengikuti program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Bagi pemohon yang telah habis belajar tetapi belum bergraduat, sila kemukakan salinan surat tamat pengajian.
- Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
- Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas dari UPSI dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya.
- Sila hantarkan permohonan ke:
Unit Perjawatan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim, Perak
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Perjawatan, BSM 05 – 450 6328 / 6338 / 6399
*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.
Tarikh Tutup Permohonan : 14 November 2021 (Ahad)