in

JAWATAN KOSONG JURUBAHASA GRED LA19 55 KEKOSONGAN (Gaji RM 1,355 – RM 4,007)

JAWATAN KOSONG JURUBAHASA GRED LA19

JAWATAN KOSONG JURUBAHASA GRED LA19 55 KEKOSONGAN (Gaji RM 1,355 – RM 4,007)

SPA menawarkan sebanyak 11 kekosongan dan 44 simpanan bagi pengambilan kali ini.

Individu yang dilantik ke jawatan Jurubahasa Gred LA19 ini akan ditempatkan di bawah Mahkamah Persekutuan Malaysia (Sabah).

JAWATAN KOSONG JURUBAHASA GRED LA19 55 KEKOSONGAN

Berikut merupakan maklumat iklan kerja kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Info kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Kami hanya menyiarkan maklumat kekosongan jawatan untuk memudahkan anda membuat permohonan.

Baca Juga: CARA TEBUS ELAUN TEMUDUGA KERJA RM300 MYPenjana

Jawatan

Jurubahasa Gred LA19

Deskripsi Tugas Jurubahasa Gred LA19

  1. Bertanggungjawab menterjemah kes-kes dalam mahkamah terbuka dan kamar hakim,
  2. mencatat/ merekodkan prosiding atau keputusan kes-kes di dalam fail-fail yang telah dibicarakan,
  3. mengemaskinikan Buku Ekshibit dan Diari Mahkamah,
  4. menyediakan laporan harian/bulanan serta memastikan dan menyediakan fail-fail kes sebelum dihantar kepada Hakim.

Jadual Gaji Jurubahasa Gred LA19

  • Gaji Minimum RM 1,355.00
  • Gaji Maksimum RM 4,007.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 100.00

Syarat Lantikan

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Kelayakan Akademik

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan Kepujian dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut.

(Gaji permulaan pada Gred LA19 : RM1,355.00) atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan Kepujian dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan pada Gred LA19 : RM1,411.40) atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan Kepujian dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan pada Gred LA19 : RM1,467.80)

Kelayakan Bahasa Melayu

Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Sila download menggunakan link yang telah disediakan dibawah:

Download: IKLAN-SPA9_PK-KEHAKIMAN-JurubahasaGredLA19_(Sabah)

Tarikh tutup

31 Oktober 2021 (Ahad), jam 11:59 malam.

Cara Mohon

  1. Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan hendaklah mengemukakan / mengemas kini permohonan secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di pautan berikut: Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9)
  2. Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan.
  3. Calon perlu memastikan pusat temu duga juga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan.
  4. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja yang akan diproses.

Baca Juga: JAWATAN KOSONG TERKINI SUNWAY BERHAD (PELBAGAI JAWATAN DIPERLUKAN)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARA MEMOHON KAD PENGENDALIAN MAKANAN ISLAM

CARA MEMOHON KAD PENGENDALIAN MAKANAN ISLAM: Panduan Register Permit Kesihatan Pengendalian Makanan Secara Online