in

JAWATAN KOSONG JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA

JAWATAN KOSONG JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA

JAWATAN KOSONG JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA

Berita baik kepada yang mencari pekerjaan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia membuka jawatan kosong kepada warganegara malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Pengenalan

Jabatan Pengangkutan Jalan merupakan jabatan kerajaan yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Antara fungsi JPJ ialah:

  • Mengeluarkan nombor plat kenderaan Malaysia
  • Mengeluarkan lesen memandu
  • Menguatkuasa dan mentadbir undang-undang jalan raya
  • Membina jambatan timbang bagi menyekat dan memantau kenderaan berat yang melalui jalan negeri dan jalan persekutuan.

Baca Juga: DAFTAR BARU BANTUAN KELUARGA MALAYSIA: Permohonan Baharu BKM 2022

JAWATAN KOSONG JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA

Berikut merupakan maklumat iklan kerja kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Info kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Kami hanya menyiarkan maklumat kekosongan jawatan untuk memudahkan anda membuat permohonan

Jawatan

Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19

Klasifikasi Perkhidmatan: Keselamatan dan Pertahanan Awam
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/ Jabatan

JADUAL GAJI

Gaji Minimum : RM1,360.00
Gaji Maksimum : RM4,052.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,360.00)
  • bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
    (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,416.40)
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,472.80)

    dan memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
    diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

 

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan dengan kelayakan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SENARAI BIDANG BERKAITAN DI PERINGKAT SKM

Sila rujuk senarai bidang berkaitan di peringkat SKM yang diperakukan bersesuaian mengikut skim perkhidmatan di Laman Web EZSkim (pautan: https://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/).

MAKLUMAT TAMBAHAN

Pemohon dengan kelayakan SKM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SKM”.

Tarikh tutup permohonan 12 desember 2021

IKLAN LENGKAP

KLIK UNTUK MOHON SECARA ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.

JAWATAN KOSONG HSBC BANK MALAYSIA BERHAD

JAWATAN KOSONG HSBC BANK MALAYSIA BERHAD – Pelbagai Jawatan Menarik

JAWATAN KOSONG TELEKOM MALAYSIA BERHAD

JAWATAN KOSONG TELEKOM MALAYSIA BERHAD