JAWATAN KOSONG INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM)
Berita baik kepada yang mencari IKIM membuka jawatan kosong kepada warganegara yang berminat dan berkelayakan.
Baca Juga: BANTUAN BUJANG RM350 : CARA MOHON BANTUAN BUJANG RM350
PENGENALAN
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ditubuhkan pada 18 Februari 1992 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan bertujuan untuk memberi kefahaman Islam yang tepat melalui pelbagai program dan aktiviti seperti penyelidikan, seminar, bengkel, forum, perundingan, latihan dan penerbitan.
Ia dirasmikan pada 3 Julai 1992 oleh YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia.
JAWATAN KOSONG INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM)
Berikut merupakan maklumat iklan kerja kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Info kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Kami hanya menyiarkan maklumat kekosongan jawatan untuk memudahkan anda membuat permohonan
Maklumat Jawatan
PEMBANTU TADBIR (PERCETAKAN) – GRED N19
- Kumpulan: Pelaksana
- Taraf Jawatan: Kontrak satu tahun sehingga maksimum tiga tahun sebelum dipertimbangkan ke jawatan tetap tertakluk kepada prestasi dan syarat-syarat yang ditetapkan.
- Gaji: RM1,488 – RM4,230
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) atau atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh IKIM;
- Mempunyai pengalaman kerja tidak kurang daripada 2 tahun di dalam bidang pentadbiran pejabat di sektor awam atau swasta;
- Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai kemahiran dalam membuat reka letak buku, penggunaan software Adobe Photoshop, Illustrator dan Indesign;
- Kepujian Bahasa Malaysia (sekurang-kurangnya Gred C termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;
- Calon telah lengkap menerima 2 dos vaksin C-19.
Bidang Tugas
- Membuat reka bentuk kulit buku dan reka letak buku;
- Membantu Ketua Penerbit menguruskan pengeluaran spesifikasi buku;
- Membantu Ketua Penerbit memastikan kerja-kerja dilakukan oleh pereka (designer) dan pencetak luar adalah memuaskan dan menepati spesifikasi yang dikehendaki;
- Membantu Ketua Penerbit membuat penetapan harga buku;
- Membantu Ketua Penerbit memastikan bahan terbitan IKIM adalah berkualiti, menarik dan boleh dibaca;
- Membantu Ketua Penerbit dalam urusan permohonan International Standard Book Number (ISBN) dan Cataloguing in Publication (CIP) dari Perpustakaan Negara Malaysia (PNM);
- Membantu Ketua Penerbit dalam urusan dokumentasi dan perkeranian serta kerja-kerja berkaitan pentadbiran pejabat.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan jawatan boleh dibuat dengan mengemukakan:
- Surat permohonan;
- Keterangan peribadi dan latar belakang kerjaya diri yang lengkap (resume/curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman,
- Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip
- Salinan kad pengenalan;
- Salinan sijil kelahiran
- Salinan slip gaji terakhir
- Nombor telefon untuk dihubungi
- Sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan)
Dan hendaklah dihantar ke alamat:
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2, Langgak Tunku
Off Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 KUALA LUMPUR
(u.p.: Unit Modal Insan)
Tel: 03-62046374
Setiap salinan dokumen yang dihantar juga perlu disahkan terlebih dahulu dan dinyatakan nama jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat.
Hanya calon yang melepasi tapisan dan terpilih sahaja akan dipanggil menghadiri temu duga. Manakala, calon yang tidak menerima sebarang maklum balas selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup, hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.
Tarikh tutup permohonan pada 10 JANUARI 2022, ISNIN.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.