in

BANTUAN WANG IHSAN BANJIR : CARA MOHON WANG IHSAN BENCANA BANJIR RM1000-RM1500

BANTUAN WANG IHSAN BANJIR : CARA MOHON WANG IHSAN BENCANA BANJIR RM1000-RM1500

Perdana Menteri, DS Ismail Sabri dalam sebuah sidang media terkini mengumumkan kerajaan bersetuju untuk sediakan peruntukan awal RM100 juta untuk pasca banjir membaiki kerosakan rumah dan infrastruktur lain

Kerajaan bersetuju menaikkan kadar Bantuan Wang Ihsan (BWI) daripada RM500 kepada RM1,000 bagi setiap ketua isi rumah terjejas dengan banjir baru-baru ini atau terkesan dengan lain-lain bencana yang diisytiharkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP).

Baca juga disini bagi rakyat selangor : LZSPeduli : CARA MOHON ZAKAT BANJIR SELANGOR

BANTUAN WANG IHSAN BANJIR : CARA MOHON WANG IHSAN BENCANA BANJIR RM1000-RM1500

BANTUAN WANG IHSAN BANJIR

Syarat Layak Memohon

  • Hanya diberikan kepada setiap Ketua Isi Rumah warganegara Malaysia.
  • Setiap permohonan hendaklah disahkan oleh Pegawai Daerah bahawa mangsa adalah benar-benar terjejas dengan bencana banjir yang dimaksudkan.
  • Hanya 1 rumah sahaja yang terlibat layak untuk mendapat sekali BWI tanpa mengira isi rumah / keluarga.
  • Kelayakan BWI Bencana Banjir hanya diberikan sekali dalam tempoh musim bencana yang telah diiystiharkan.

Jumlah Bantuan

  • Jumlah yang akan diterima adalah RM1000 bagi setiap Ketua Isi Rumah tanpa mengira jumlah isi rumah / keluarga.
  • Terkini, NADMA turut memaklumkan bahawa waris mangsa kematian pula akan mendapat RM5000.

Cara Permohonan

  • Permohonan boleh dibuat secara manual melalui Pejabat Daerah masing-masing.
  • Bagi yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Ketua Isi Rumah (KIR) boleh merujuk kepada petugas PPS masing-masing.
  • Bagi yang tidak berpindah ke PPS, Tuan / Puan perlu memohon kepada Ketua Komuniti / Pegawai Daerah masing-masing.
  • Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada pengesahan Pegawai Daerah sekali Pengerusi Kawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).

Dokumen Yang Diperlukan

  • Mereka yang mendaftar ke PPS dengan kad pengenalan tidak perlu membuat permohonan.
  • Permohonan mereka akan terus diuruskan oleh pihak JKM.
  • Mereka yang mendaftar ke PPS tanpa kad pengenalan perlu mendaftar dengan ketua-ketua masyarakat.
  • Mereka yang tidak berpindah ke PPS, perlu mendaftar dengan ketua-ketua masyarakat.

Sumber: Facebook Rasmi Nadma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *