CARA MOHON PAMPASAN LPPSA : CARA MOHON PAMPASAN LPPSA KEROSAKAN RUMAH AKIBAT BENCANA
Dimaklumkan bahawa semua pembiayaan perumahan sektor awam di bawah LPPSA adalah dilindungi oleh Polisi Perlindungan pemilikan Rumah Jangka Panjang (LTHO)
Ia daripada panel insrans takaful LPPSA yang telah dipilih oleh pelanggan semasa mengemukakan permohonan pembiayaan.
NOTA : Tuntutan insurans / takaful adalah tertakluk kepada skop / polisi perlindungan insurans / takaful yang telah diambil oleh pelanggan bersama-sama pembiayaan perumahan sektor awam di bawah Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) LPPSA.
PERINGATAN : Pelanggan dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang baikpulih kerosakan sehingga pelaras kerugian (adjuster) yang dilantik oleh panel insurans / takaful menilai kerosakan hartanah yang terjejas akibat banjir.
Baca juga disini: BANTUAN WANG IHSAN BANJIR : CARA MOHON WANG IHSAN BENCANA BANJIR RM1000-RM1500
Berikut akan dikongsikan dengan lebih lanjut maklumat berkaitan. sila rujuk dibawah:
Apa itu Insurans LPPSA
LTHO adalah Perlindungan Insurans / Takaful Pemilikan Rumah Jangka Panjang
Ia merupakan perlindungan kepada rumah kediaman persendirian terhadap kerugian atau kerosakan dengan skop perlindungan yang diambil sebagai contoh ;
- kebakaran
- kilat
- letupan yang berpunca daripada gas yang digunakan untuk tujuan domestik.
Cara Mohon Pampasan LPPSA Kerosakan Rumah Akibat Banjir
Peminjam boleh mengemukakan tuntutan pampasan kepada pihak insurans / takaful dengan menyediakan dokumen berikut:
- Salinan kad pengenalan
- Laporan polis
- Laporan bomba
- Sebut harga baikpulih
- Borang tuntutan pampasan
Berikut adalah panel insurans dan takaful yang terlibat di bawah LPPSA:
Jika anda sudah mempunyai insurans seperti dibawah boleh terus tuntut
- Etiqa General Takaful
- Takaful Malaysia
- Takaful Ikhlas Malaysia
Butiran Lanjut
Itu sahaja, Untuk sebarang pertanyaan boleh rujuk pihak berkenaan, pihak kami sekadar berkongsi maklumat berkenaan supaya dapat memudahkan anda mendapat maklumat.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh kemukakan pertanyaan di Portal pertanyaan / Aduan Rasmi LPPSA atau sila hubungi Pusat Panggilan LPPSA di talian 03-888 01 600
Untuk menjadi yang terawal mendapat info berkenaan bantuan kerajaan sila join channel telegram disini: Info Bantuan Kerajaan Malaysia