JANA INCOME DI TIKTOK : CARA BERNIAGA JADI DROPSHIP ATAU AFFILIATE TIKTOK
Seperti yang kita sedia maklum, Shopee dan Lazada adalah antara platform perniagaan atas talian yang popular di Malaysia. Tapi tahukah anda, kini semakin ramai peniaga online telah mula beralih ke Tiktok Shop!
Aplikasi Tiktok kini memang amat meluas penggunaannya. Ini kerana terdapat pelbagai variasi video pendek dan sederhana yang dikongsikan dalam aplikasi ini. Tetapi kini aplikasi TikTok telah menyediakan ciri khas untuk berniaga di TikTok yang dikenali sebagai TikTok Shop. Disini kami akan kongsikan cara berniaga TikTok Shop, semoga membantu.
Baca juga : CARA DAFTAR SHOPEE AFFILIATE : Panduan Permohonan Dan Syarat Register
KENAPA PERLU BERNIAGA DI TIKTOK SHOP ?
Aplikasi TikTok pada mulanya merupakan platform media sosial yang banyak digunakan oleh generasi muda.
Namun, semakin ramai golongan berusia kini juga tidak mahu ketinggalan dengan trend semasa di aplikasi ini.
Telah terbukti TikTok memberikan lonjakan terbesar pada carian Google dalam tempoh 90 hari pada akhir April lalu, mengatasi rangkaian sosial popular lain seperti Facebook, Instagram dan Twitter.
Antara hashtag yang tentu anda pernah nampak di media sosial adalah #RacunTiktok di mana ia merupakan kandungan untuk pengguna mempromosikan atau memasarkan produk dengan cara yang unik serta menarik.
Jadi selain daripada memuat naik video, anda juga boleh jana income tambahan sebagai penjual di TikTok Shop.
Trafik pengguna di TikTok kini juga semakin tinggi , jadi lebih mudah untuk anda mendapatkan pelanggan membeli produk anda.
KELEBIHAN MENGGUNAKAN TIKTOK SHOP
Berikut adalah merupakan antara kelebihannya:
- Salah satu media sosial yang mudah diakses dan untuk diurus niaga
- Mempunyai potensi pasaran yang tinggi disebabkan peningkatan bilangan pengguna TikTok
- Mendapatkan perkhidmatan penghantaran percuma
- Boleh dijadikan tempat membina perniagaan untuk individu
- Mudah digunakan dan cukup popular di kalangan remaja
- Terdapat ciri hashtag yang memudahkan untuk mengindeks kandungan atau produk
- Terdapat ciri Iklan TikTok untuk promosi berbayar
- Nilai pasaran dan pengguna berpotensi tinggi kerana ia mudah diakses dan berdasarkan promosi berasaskan promosi
KELEBIHAN TIKTOK SHOP PENIAGA / PENGGUNA
Selain menjadi sebuah platform berpengaruh, semakin ramai peniaga juga beralih ke Tiktok Shop oleh kerana pelbagai manfaat yang ditawarkan, antaranya:
- Subsidi Penghantaran Percuma
- 0% Yuran Komisen
- Produk Subsidi Langsung
- Diskaun Pengguna Baru Sehingga 80%
- Peningkatan Trafik untuk Video dan Livestream
- Latihan penjual, Panduan barang dagangan, Kerjasama pencipta dan Perkhidmatan Logistik
- semuanya tersedia di TikTok Shop
SYARAT BERNIAGA DI TIKTOK SHOP
Berikut adalah merupakan syarat yang telah ditetapkan untuk melayakkan anda menggunaakn e-dagang Tik Tok ini iaitu:
- Mempunyai follower lebih 1000
- Berumur 18 tahun dan ke atas
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Berikut adalah merupakan antara dokumen yang diperlukan:
- Untuk penjual korporat:
- Lesen perniagaan yang sah di Malaysia
- Nombor telefon
- Bank akaun dan warehouse di Malaysia untuk pendaftaran.
- Untuk penjual Individu:
- MyKad atau Pasport
- Nombor telefon
- Bank akaun dan warehouse di Malaysia untuk pendaftaran.
CARA BUAT TIKTOK SHOP MALAYSIA
Pastikan anda sudah mempunyai akaun TikTok sama ada akaun Creators atau Business
- Kemudian pergi ke seller-my.tiktok.com/account/welcome dan kemudian Sign Up with Phone & Email atau menggunakan akaun TikTok anda.
- Pilih sama ada anda daftar sebagai Corporation atau Peniaga Persendirian. Jika anda pilih Corporation, anda perlu sediakan dokumen seperti SSM dan tunggu dokumen verify. Jika persendirian, upload MyKad sahaja
- Jika TikTok sudah sahkan dokumen tersebut, boleh start untuk add product, add akaun bank dan beberapa informasi yang diperlukan
- Pergi My Account > Seller Profile. Pada bahagian ini, isi semua maklumat iaitu pada seller info, biz info, warehouse pickup/return, payment Shipping guna J&T sahaja, TikTok yang tetapkan dan kadar juga ditetapkan oleh pihak TikTok.
- Untuk Affiliate Marketing. Klik pada Affiliate Marketing dan pilih Shop Plan dan kemudian tetapkan peratusan komisyen. Nanti ramai creators yang akan tolong sebagai affiliate untuk jual produk anda.
- Langkah seterusnya, anda hanya perlu tunggu sahaja pesanan atau order masuk.
- Selesai!
Kepada yang ingin cara jual makanan di tiktok shop boleh rujuk di artikel di atas. Sama sahaja hanya produk sahaja yang berlainan.