in

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA 2022 BMT : PERMOHONAN BARU, SEMAKAN DAN CARA KEMASKINI

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA 2022 BMT : PERMOHONAN BARU, SEMAKAN DAN CARA KEMASKINI

Bantuan Musim Tengkujuh 2022 (BMT RISDA 2022) telah diluluskan pada pembentangan Belanjawan 2022 baru-baru ini. BMT Risda ini dibuat oleh kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bertujuan untuk membantu para pekebun kecil di seluruh negara yang terjejas pendapatan ketika musim tengkujuh nanti.

Pembayaran kadar bantuan sebanyak rm600 seorang ini akan dilaksanakan dalam 2 peringkat iaitu RM300 pada bulan November 2022 dan RM300 pada bulan Disember 2022 yang akan disalurkan kepada Pekebun Kecil dan Penoreh Getah dengan jumlah peruntukan sebanyak RM191 juta.

Bagi yang ingin memohon, permohonan telah dibuka mulai 5 Mei 2022 hingga 15 September 2022. Pekebun Kecil dan Penoreh Getah yang layak boleh memohon dan mengemaskini maklumat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh 2022 di Portal Pekebun Kecil RISDA atau hadir di mana-mana Pejabat RISDA berhampiran. Pemohon boleh melayari www.pekebunkecilmakmur.com.my untuk infomasi dan syarat permohonan BMT 2022. Bagi permohonan yang gagal, anda boleh membuat rayuan bermula 16 September sehingga 31 Oktober 2022.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Garis Panduan Pelaksanaan Pemberian Bantuan Musim Tengkujuh Tahun 2022 (BMT 2022) untuk dijadikan panduan kepada penerima dan pemohon yang terlibat.

Baca Juga: BANTUAN KAHWIN SELANGOR 2022 : CARA MOHON INSENTIF GENERASI MUDA SELANGOR

 

BMT RISDA 2022

Setiap pekebun kecil yang layak akan menerima jumlah bayaran sebanyak RM600 setiap seorang.

1.SYARAT KELAYAKAN PEKEBUN KECIL RISDA

  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA
  • Keluasan 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar
  • Pemilik tanah yang sah
  • Seorang penerima sahaja untuk 1 lot tanah

2.SYARAT KELAYAKAN PENOREH BUKAN PEMILIK

  • Warganegara Malaysia
  • Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
  • Pengesahan pemilik tanah yang sah
  • Seorang penerima sahaja untuk 1 lot
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah

PERMOHONAN BMT 2022

BMT ONLINE

Berikut adalah cara permohonan Bantuan Musim Tengkujuh 2023:

Bagi pengusaha kebun kecil yang berkelayakan boleh membuat permohonan secara online di pautan https://pekebunkecilmakmur.com.my/

Anda perlu sediakan dokumen berkaitan seperti berikut:

1.BAGI PEKEBUN KECIL PEMILIK

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan.
  • Geran asal tanah dan salinan.
  • Salinan buku akaun bank yang aktif.

2.BAGI PENOREH BUKAN PEMILIK

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan.
  • Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah.
  • Salinan geran lot yang ditoreh.
  • Salinan buku akaun bank yang aktif.
  • Salinan Kad PAT-G yang masih masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G.
  • Surat pengesahan daripada pemilik tanah/wakil yang sah.

KEMASKINI BMT 2022

Pekebun Kecil dan Penoreh Getah yang telah berdaftar, boleh kemaskini permohonan di SINI

SEMAKAN BMT 2022

Semakan kelulusan bantuan juga boleh dilakukan di capaian yang sama atau menghubungi Pejabat RISDA di mana permohonan dilakukan.

Anda boleh membuat semakan di pautan berikut : SEMAKAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH

Sila isikan no kad pengenalan dan tekan butang HANTAR.
Status anda akan dipaparkan.
Jika anda mengalami masalah untuk membuat semakan status atau bayaran, sila hubungi pejabat RISDA.

TARIKH BAYARAN BMT

Bayaran bantuan RM600 akan dibuat dalam 2 fasa, iaitu sebanyak RM300 pada November 2022 dan baki RM300 lagi pada Disember 2022.

KAEDAH PEMBAYARAN

Bantuan akan disalurkan melalui Sistem Perbankan Elektronik kepada akaun bank penerima berdasarkan nombor akaun yang telah disahkan di dalam sistem E-BMT.

SILA HUBUNGI KAMI

Jika terdapat sebarang soalan atau pertanyaan lebih lanjut berkaitan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2022, anda boleh hubungi talian 03-42512125 / 03-42512135 atau 03-42512023.

UNTUK RUJUKAN

Maksud Pekebun Kecil Yang Berdaftar Dengan RISDA
Mereka yang tersenarai di dalam Sistem Maklumat Pekebun Kecil RISDA dan mempunyai Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC).

  • Bagi penoreh bukan pemilk yang tiada dalan senarai di atas, pengisian borang BMT dikira anda berdaftar dengan RISDA.
  • Bagi pekebun kecil pemilik dan juga penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan agensi berikut, pengisian borang BMT berserta dengan surat pengesahan dari agensi berikut dikira sebagai berdaftar dengan RISDA.

Agensi-agensi:

  • Lembaga Getah Malaysia (LGM)
  • Jabatan Pertanian Sarawak (JPS)
  • Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS)
  • Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
  • Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
  • Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA)
  • Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)
  • Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
  • Lain-lain sumber agensi

Maksud Penoreh Bukan Pemilik

Mereka yang menorah getah di ladang sebagai pekerjaan utama dan tidak memilik tanah kebum tersebut.

Maksud Pekebun Kecil Pemilik

Mereka yang memiliki tanah, menguruskan dan mengusahakannya sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARA RENEW PASSPORT ONLINE

CARA RENEW PASSPORT ONLINE

JANA INCOME DI TIKTOK

JANA INCOME DI TIKTOK : CARA BERNIAGA JADI DROPSHIP ATAU AFFILIATE TIKTOK