in

CARA BUAT DUIT DENGAN TIKTOK: Panduan Jana Pendapatan Melalui Applikasi Tiktok Malaysia

CARA BUAT DUIT DENGAN TIKTOK

CARA BUAT DUIT DENGAN TIKTOK: Panduan Jana Pendapatan Melalui Applikasi Tiktok Malaysia.

Apa itu applikasi Tiktok?

TikTok adalah aplikasi yang dibuat oleh firma teknologi China bernama ByteDance, ianya adalah aplikasi media sosial yang membolehkan anda merakam, mengedit, dan berkongsi video pendek yang berdurasi 15 atau 60 saat dengan overlay muzik, kesan bunyi, dan kesan visual.

Aplikasi ini, yang kini mempunyai lebih dari 500 juta pengguna aktif bulanan. Yang kebanyakkan audiensnya adalah golongan remaja serta dewasa. Ramai yang fikir aplikasi TikTok ini hanyalah untuk hiburan semata-mata dan dirasakan tidak bermanfaat disebabkan video-video orang menari tetapi sejak setahun dua kebelakangan ini trend TikTok terutama di Malaysia sudah mula berubah.

CARA BUAT DUIT DENGAN TIKTOK: Panduan Jana Pendapatan Melalui Applikasi Tiktok Malaysia.

Terdapat beberapa kaedah alternatif untuk dapat duit dari TikTok, samada anda pemilik jenama/brand, akaun peribadi, atau bahkan pemula. Cara mudah dan berkesan yang boleh anda lakukan iaitu:

  1. Sponsored Content Post
  2. Derma atay Payout Coins
  3. TikTok Manager
  4. Tiktok Marketing
  5. Jual dan Beli Akaun TikTok

Sponsored Content Post

Sponsored Content Post adalah anda sebagai influencer TikTok yang mempromosikan barang berjenama dengan syarat tertentu.Kebiasanya, agensi atau jenama akan memilih Tiktokers berdasarkan jumlah followers, like dan tontonan video, untuk mengukur engagement content creator di TikTok.

Kaedah ini sesuai untuk orang yang sudah ada ribuan followers. Jadi, sebelum anda dapat menerima Sponsored Content Post, Anda mesti berusaha menambah followers anda di TikTok.

Terdapat beberapa cara untuk meningkatkan pengikut di TikTok, iaitu:

  • Mencari niche content.
  • Ada engagement pengguna TikTok yang lain.
  • Upload kandungan anda ke sosial media lain, seperti Ig, Fb dan lain-lain.
  • Upload content pada waktu yang sesuai
  • Upload video menarik,
  • Konsisten atau berjadual dalam post video

Derma atau Payout Coins

Derma atau Payout Coins adalah dari derma yang diberikan oleh peminat atau viewers semasa Anda melakukan live streaming di TikTok

Konsepnya hampir sama dengan platform Bigo, Twitch atau Likee. Semasa streaming langsung, TikTok membolehkan penonton/fans memberikan sticker hadiah yang kemudiannya dapat ditukar dengan duit.

Tiktok Manager

Cara kerja Tiktok Manager adalah anda menguruskan akaun TikTok seseorang untuk membuatnya terkenal dengan lebih pantas. Sasarannya bukan sahaja content creator, tetapi juga jenama atau syarikat yang menggunakan TikTok untuk promosi perniagaan.

Kebiasaanya, tugas TikTok Manager iaitu:

  • Mengembangkan idea content TikTok.
  • Urus tawaran kerjasama.
  • Meningkatkan pengikut/followers, like dan engagement.
  • Tetapkan strategi content marketing.

Tiktok Marketing

Tiktok Marketing tertuju kepada anda yang ada jenama sendiri dan ingin menarik pengguna dari TikTok melalui iklan. Kaedah promosi yang paling berkesan di platform ini adalah dengan TikTok Ads.

Sama seperti Iklan Fb atau Ig, TikTok juga mempunyai algoritma yang boleh membantu iklan anda terpapar kepada khalayak sasaran yang anda mahukan. Contohnya, jika perniagaan anda sektor fesyen, maka iklan tersebut akan ditunjukkan kepada pengguna yang mempunyai minat yang sama.

Ini boleh berlaku kerana TikTok mencatat semua sejarah tontonan pengguna untuk menyediakan iklan yang lebih personal.Selain menyasarkan khalayak yang tepat, algoritma TikTok juga melakukan pemasaran ulang secara berkala.

Baca juga disini: CARA BUAT LIVE DI SHOPEE (PANDUAN SHOPEE SELLER)

Jual dan Beli Akaun TikTok

Sekiranya anda sudah ada enggagement dengan followers anda, maka kaedah terbaik untuk cara buat duit dari TikTok adalah jual dan beli akaun.

Konsepnya sangat mudah, yang perlu anda lakukan iaitu:

  • Buat akaun dengan topik tertentu.
  • Tingkatkan followers, like, jumlah engagement.
  • Bina komuniti dengan peminat topik yang sama.
  • Setelah akaun menjadi besar, jual kepada jenama atau syarikat dalam bidang yang sama.
  • Kaedah ini biasa dilakukan, kerana masih banyak jenama yang tidak dapat menangani akaun dari awal.

Perkara penting sebelum boleh buat buat duit dengan TikTok 

FYP atau For You Page adalah cadangan kandungan di laman utama pengguna ketika anda pertama kali membuka aplikasi TikTok. FYP sabgat penting untuk meningkatkan jumlah tontonan.

Jika content ingin masuk FYP, anda perlu menggunakan petua berikut:

  • Guna lagu yang popular.
  • Gunakan hashtag sesuai.
  • Buat kandungan yang menarik
  • Interaktif.
  • Buat kandungan yang sedang trending.
  • Tulis caption yang sesuai.

Itu sahaja yang ingin dikongsikan, Semoga berjaya!

Baca disini : INFO BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA
.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARA NAK GUNA LALAMOVE

CARA NAK GUNA LALAMOVE: Panduan Daftar Dan How To Use Khidmat Lalamove Malaysia

JAWATAN KOSONG POLIS BANTUAN

JAWATAN KOSONG POLIS BANTUAN