eKASIH LOGIN 2022 : PERMOHONAN/PENDAFTARAN/SEMAKAN STATUS
Sistem eKasih login ialah satu sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Bagi mendapatkan info lanjut mengenai permohonan eKasih 2022 sila baca artikel yang kami sediakan ini.
Baca Juga: PERMOHONAN DanaNITA MARA 2022 : SKIM PEMBIAYAAN WANITA
Contents
APAKAH eKASIH
eKasih adalah sistem Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program dab bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program / bantuan yang diterima.
Melalui komponen data dalam sistem eKasih ini, pengakses boleh:
- Membuat semakan status kemiskinan secara online
- Menyelaraskan maklumat bantuan
- Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
- Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan
- Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
- Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
- Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan
SYARAT KELAYAKAN MOHON eKASIH
Bagi memohon bantuan eKasih 2021, seseorang dikira layak apabila tergolong dalam yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa, iaitu kira-kira RM1,500 (bandar) atau RM1,000 (luar bandar) sebulan.
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) setiap dua tahun sekali.
CARA PENDAFTARAN eKASIH
Untuk mereka yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN).
Individu / orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau hubungi melalui
- Telefon
- Surat
- E-mel rasmi
- membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)
Berikut adalah senarai nombor telefon yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran.
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800
MAKLUMAT PEMOHON YANG DIPERLUKAN
Untuk memohon eKasih 2022, pemohon perlu melengkapkan 9 komponen bagi Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) iaitu
- Butiran KIR(Ketua Isi Rumah) dan AIR(Ahli Isi Rumah)
- Lokasi
- Kediaman
- Pendidikan
- Kemahiran dan pekerjaan
- Harta
- Kesihatan
- Bantuan
- Pendapatan
SEMAKAN STATUS eKASIH
Bagi semakan status pendaftaran EKASIH login boleh dibuat secara online melalui pautan rasmi di bawah:
https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut berkaitan eKasih 2022, layari laman web rasmi Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri.
Anda boleh menghubungi PPN Negeri seperti dalam senarai di atas atau ibu pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri di talian 03-8000 8000 untuk menyalurkan sebarang kemusykilan.
saya Tiong Kung Yu ingin membuat permohonan e kasih melalui komen sini.saya kategori miskin tegar malah memerlukan bantuan makanan juga .tapi tahun lepas 2021 pihak jkm limbang sarawak dan jabatan atas yang berkaitan dengan e kasih yang tidak mempunyai borang e kasih semasa TARIKH e kasih di umumkan berkali kali.sila tolong daftar kan e kasih utk saya TARIKH 11april2022.now