in

CARA TOPUP : (UMOBILE/CELCOM/MAXIS/DIGI/XOX/TUNETALK/NJOI/TOUCH N GO)

CARA TOPUP

CARA TOPUP : UMOBILE/CELCOM/MAXIS/DIGI/XOX/TUNETALK/NJOI/TOUCH N GO

Semua sudah tahu pelan rangkaian telekomunikasi terbahagi kepada dua iaitu postpaid dan prepaid. Jadi pada hari ini kami akan berkongsi dengan anda tentang cara topup prepaid.

Prepaid pelan ini adalah menggunakan nilai tambah. Maksudnya jika pengguna membeli nilai tambah RM10 dan habis, pengguna perlu membeli lagi nilai tambah untuk menggunakan perkhidmatan telekomunikasi.

Baca juga disini: CARA BAYAR SAMAN ONLINE MAYBANK2U : 10 Langkah Sahaja Anda Sudah Boleh Bayar Saman!

CARA TOPUP : UMOBILE/CELCOM/MAXIS/DIGI/XOX /TUNETALK/NJOI/TOUCH N GO

Kami akan menerangkan kepada anda cara topup prepaid mengikut jenis telco, sila rujuk dibawah:

Bagaimana top up prepaid berfungsi?

Tetapi yang paling utama ialah anda mesti membeli kad prabayar terlebih dahulu. Kad prabayar ini ada dijual di kebanyakkan kedai serbaneka dan runcit, 7eleven dll.

 UMobile

  • Taip *138* dan masukkan 14 digit PIN diikuti #
  • Untuk semak baki, dail *118#
  • Selain itu boleh terus beli pakej secara online di U Mobile 

Celcom

  • Taip *122* diikuti 16 digit PIN dan ditutup dengan #
  • Untuk menyemak baki selepas membuat tambah nilai, boleh dail *124#
  • Atau boleh download terus lihat pakej celcom di aplikasi Celcom Life

Maxis

  • Taip *111* diikuti dengan 14 digit PIN dan diikuti #.
  • Untuk menyemak baki anda selepas membuat tambah nilai, boleh dail *122#
  • Atau boleh lihat di aplikasi Maxis Fibre

Digi

  • Taip *123* dan masukkan 16 digit PIN diikuti dengan #.
  • Untuk menyemak baki selepas tambah nilai, dail *126#
  • Atau boleh terus ke Digi Life untuk lihat lebih lanjut

Xox

  • Masukkan *321*  dan masukkan 16 Digit Pin diikuti # dan tekan Dail
  • Untuk semak baki dail *150# kemudian tekan 1
  • Boleh lihat pakej lain juga di laman rasmi OneXox

TuneTalk

  •  Taip *122* dan masukkan  16 Digit Pin diikuti #
  • Untuk semak baki selepas tambah nilai, dail *133#
  • Lawat laman rasmi di link TuneTalk

Njoi 

  • Taip 111<jarak>No IC<jarak>no PIN 16 digit dan hantar ke 33310
  • Sebaiknya sebelum membuat tambah nilai, pastikan tarikh tamat tempoh nombor PIN anda masih laku dan belum tamat tempoh

Touch n Go

  • Topup ke dalam e-Wallet terlebih dahulu
  • Kemudian pindahkan topup tadi ke dalam kad tng

Butiran Lanjut

Itu sahaja, Untuk sebarang pertanyaan boleh rujuk pihak berkenaan, pihak kami sekadar berkongsi maklumat berkenaan supaya memudahkan dapat maklumat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARA TEBUS PAKEJ CUTI PENJAWAT AWAM DAN PESARA KERAJAAN