in

Cara Tebus Pizza Hut Vaksin Buy 1 Free 1

Cara Tebus Pizza Hut Vaksin Buy 1 Free 1

Cara Tebus Pizza Hut Vaksin Buy 1 Free 1

Ini adalah berita gembira kepada mereka yang telah lengkap 2 Dos Vaksin, anda ditawarkan promosi vaucer beli 1 percuma 1 untuk Supreme Pizza dan MyBox dari Pihak Pizza Hut. Vaucer ini adalah terhad kepada 580,000 sahaja, pastikan anda tebus kod vaucher Pizza Hut ini secepat mungkin jika anda sudah lengkap 2 dos.

Baca juga : CARA TEBUS KFC VAKSIN BELI 1 PERCUMA 1 SNAKE PLATE [PANDUAN LENGKAP]

SYARAT TEBUS VOUCHER VACCINATION PIZZA HUT

  • Promosi ini hanya untuk Pizza Hut Delivery dan Self Collect untuk pesanan talian dan “Walk In”.
  • Pelanggan mesti memenuhi syarat dos lengkap vaksin untuk layak menuntut e-baucar.
    Butiran pelanggan yang menuntut e-baucar mesti padan atau sama dengan butiran sijil digital vaksin.
  • Butiran dan imej hanya untuk tujuan pengesahan dan imej akan dipadamkan dalam tempoh 2-3 minit selepas proses pengesahan.
  • E-baucar hanya sah untuk 30 hari dari tarikh penuntutan.

CARA TEBUS PIZZA HUT VAKSIN BELI 1 PERCUMA 1

Panduan Lengkap Cara Tebus Pizza Hut Vaksin Beli 1 Percuma 1.

  1. Sila layari laman web rasmi TEBUS PIZZA HUT VAKSIN di pautan ini : https://vaksin.pizzahut.com.my/upload/.
  2. Anda akan dibawa ke paparan DAH VAKSIN? YASSS! JOM COLLECT E-BAUCAR INI!
  3. Masukkan Nama anda seperti di Sijil Digital Vaksin.
  4. Masukkan Email anda.
  5. Pastikan Emel yang anda masukkan yang aktif dan anda boleh login kerana Kod Unik Vaucer akan dihantar ke Emel anda.
  6. Masukkan Nombor Telefon anda.
  7. Klik “PILIH IMEJ”. Muat naik imej Sijil Digital Vaksin MySejahtera anda di sini.
  8. Pastikan anda screenshot terlebih dahulu gambar Sijil Digital Vaksin di dalam MySejahtera anda.
  9. Selepas sudah Upload Sijil Digital Vaksin anda, Tekan “TERUSKAN”.
  10. Tick “Saya telah baca, maklum dan bersetuju dengan TERMA DAN SYARAT promosi ini, serta terma-terma yang terkandung dalam “PRIVACY POLICY” yang dilampirkan, Pizza Hut Privacy”.
  11. Klik “HANTAR”.
  12. Anda akan dibawa ke “BAGAIMANAKAH ANDA INGIN MENEBUS PROMOSI INI?”.
  13. Sila Pilih sama ada anda ingin tebus SECARA ONLINE atau DI PIZZA HUT BERHAMPIRAN.
  14. Klik “TERUSKAN”.
  15. Kemudian, anda dikehendaki pilih “SILA PILIH SALAH SATU E-BAUCAR UNTUK PENEBUSAN”.Sama ada BUY 1 FREE 1 MY BOX atau BUY 1 FREE 1 SUPREME PIZZA. Anda dikehendaki pilih salah satu yang mana anda mahukan.
  16. Klik “TERUSKAN”.
  17. Buka Emel anda, anda akan menerima Emel seperti ini “NAMA ANDA,Thanks for Registering, Dapatkan E-Baucar Kod Anda Disini!!”.
  18. Sila lihat Emel tersebut dan anda akan dapat seperti ini “Berikut merupakan kod e-baucar unik anda:”.
  19. Copy atau Salin KOD E-BAUCAR UNIK anda.
  20. Seterusnya, pergi ke pautan ini untuk tebus : https://www.pizzahut.com.my/order/coupons.
  21. PESANAN PENTING : Pastikan anda login dahulu sebelum tebus code. Jika anda tidak login anda tidak dapat menebus Kod Vaucer tersebut.
  22. Jika anda pertama kali menggunakan Aplikasi atau laman web Pizza Hut ini, sila buat pendaftaran terlebih dahulu dan selepas pendaftaran anda akan dapat login. Dan selepas login sila ikuti langkah 19. Cara Pendaftaran kami kongsikan di bawah panduan ini.
  23. Masukkan Kod E-Baucar Unik anda tadi di ruangan GOT COUPONS?.
  24. Anda akan dibawa ke “B1F1 PIZZA VACCINATION“.
  25. Sila Select Jenis Pizza yang anda mahukan dengan tekan +. Pilih Jenis 2 Pizza yang anda mahukan sama ada sama jenis atau pun berbeza.
  26. Selepas itu, anda dikehendaki pilih di “Select your size and crust”. Pilih je mana-mana yang anda mahukan.
  27. Tekan “Add to my deal”.
  28. Pastikan anda pilih untuk kedua-dua pilihan.
  29. Selepas itu, tekan “Add deal to my cart” dan situ anda akan lihat harga bayaran hanya RM29.90 untuk 2 Supreme Pizza (jika anda pilih Vaucer Supreme) dan jika anda pilih MyBox harga bayaran akan menunjukkan RM16.90.
  30. Anda akan di bawa ke YOUR CART dan anda lihat jumlah untuk CHECKOUT Grand Total : RM29.90.
  31. Ini jika anda tebus Supreme Pizza jika anda pilih MyBox Checkout : RM16.90.
  32. Tekan Checkout untuk buat Pembayaran Penebusan Vaucer Beli 1 Percuma 1.
  33. Sila pilih Jenis Pembayaran anda mahu gunakan.
  34. Buat Pembayaran dan Simpan Resit untuk rujukan atau semak Emel anda untuk ditunjukkan di kaunter jika anda memilih Pick Up.
  35. Jika anda pilih delivery tunggu pesanan anda sampai di alamat yang anda mahukan dan jika anda pilih Pick Up di kaunter sila hadir ke kaunter pada waktu yang anda tetapkan.
  36. Selesai. SELAMAT MENJAMU SELERA.

CARA DAFTAR PIZZA HUT UNTUK LOGIN TEBUS E VAUCER VAKSIN BELI 1 PERCUMA 1

Berikut adalah panduan kepada mereka yang pertama kali menggunakan laman web Pizza Hut. Jika anda menggunakan apps sila buat pendaftaran di apps anda.

  1. Sila layari laman web Pizza Hut untuk pendaftaran di pautan ini : https://www.pizzahut.com.my/signup.
  2. Masukkan Nama Penuh anda.
  3. Masukkan Emel anda.
  4. Masukkan Nombor Telefon anda.
  5. Cipta atau Reka Password anda.
  6. Taip Semula Password yang anda cipta dan reka tadi.
  7. Masukkan Tarikh Lahir anda.
  8. Tick Terms of Use and Privacy Policy.
  9. Tekan Sign Up.
  10. Selesai pendaftaran anda, anda akan di bawa ke https://www.pizzahut.com.my/order/promos.
  11. Sila ikuti langkah 19 di panduan di atas untuk tebus kod vaucer beli 1 percuma 1.

RUJUKAN

Jika anda ada sebarang soalan dan pertanyaan berkaitan Pizza Hut Vaksin ini, sila hubungi pihak berwajid di bawah ini. Kami hanya berkongsi maklumat dan berkongsi manfaat kepada mereka yang memerlukan informasi seperti ini. Semoga dengan perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua. Kongsikan panduan ini kepada kenalan anda jika panduan ini memberi manfaat kepada anda dan kenalan anda.

Call Pizza Hut Customer Service hotline di : 1300-88-2525

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARA TUKAR PASSWORD UNIFI/STREAMYX (Router /Modem)

CARA TUKAR PASSWORD UNIFI/STREAMYX (Router /Modem)

CARA DAFTAR LESEN PERNIAGAAN SSM ONLINE PERCUMA PELAJAR DAN USAHAWAN B40

CARA DAFTAR LESEN PERNIAGAAN SSM ONLINE PERCUMA PELAJAR DAN USAHAWAN B40