in

CARA DAFTAR LESEN PERNIAGAAN SSM ONLINE PERCUMA PELAJAR DAN USAHAWAN B40

CARA DAFTAR LESEN PERNIAGAAN SSM ONLINE PERCUMA PELAJAR DAN USAHAWAN B40

CARA DAFTAR LESEN PERNIAGAAN SSM ONLINE PERCUMA PELAJAR DAN USAHAWAN B40

Untuk makluman anda, berkuatkuasa pada 15 Februari 2021, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan memperluaskan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) kepada semua usahawan dalam kumpulan B40. SPPP yang telah dilancarkan pada 23 Disember 2020 lalu telah ditambah baik di mana sebelum ini hanya memberi manfaat kepada usahawan dari kalangan belia dan ibu tunggal B40 serta pelajar sahaja.

Untuk pengetahuan anda, kini kepada pemohon yang telah layak akan mendapat manfaat pengecualian fi seperti di yang dinyatakan di bawah ini.CARA DAFTAR LESEN PERNIAGAAN SSM

Bil​Perkara​Pengecualian Fi
​1.​Perniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan; atau​RM30
​2.​Perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian (rakan kongsi terdiri dari kategori kumpulan yang layak memohon skim ini) menggunakan nama tred; dan​RM60
​3.​Cetakan maklumat​RM10

Perincian kategori yang layak untuk memohon SPPP adalah seperti yang dinyatakan di bawah ini.

Baca juga: Cara mudah kerja offshore

KATEGORI USAHAWAN GOLONGAN B40

  • Pemegang MyKad/MyPR
  • Berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan
  • Mempunyai maklumat dalam pangkalan data penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0
  • Bagi Golongan B40. (Semakan boleh dibuat di https://bpn.hasil.gov.my/).
  • Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.
  • KATEGORI PELAJAR IPTA/IPTS

Pemegang MyKad/MyPR.

  • Wargenagara berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan.
  • Pengajian belajar/kursus secara sepenuh masa di mana-mana IPTA/ IPTS/ Politeknik/ Kolej/
  • Institut Kemahiran/ Pusat Kemahiran di dalam negara.
  • Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.
  • CARA REGISTER SSM FREE SKIM PENDAFTARAN PERNIAGAAN PRIHATIN (SPPP)

Panduan Lengkap Cara Register SSM Free Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP).

  1. Sila layari laman rasmi Register SSM Free SPPP di pautan ini : https://ezbiz.ssm.com.my/.
  2. Panduan ini untuk mereka yang sudah membuat pendaftaran EZBIZ. Jika anda belum lagi membuat pendaftaran sila tekan Sign Up butang hijau dan selesaikan pendaftaran terlebih dahulu.
  3. Untuk mereka yang sudah berdaftar di EZBIZ, sila login akaun anda.
  4. Masukkan Username anda.
  5. Masukkan Password anda.
  6. Taip Verification Code yang diberikan.
  7. Tekan Sign In.
  8. Anda akan dibawa ke paparan utama EZBIZ akaun anda.
  9. Sila Pilih Menu MY BUSINESS SERVICE.
  10. Tekan pilihan NEW BUSINESS di bawah sub menu NEW BUSINESS REGISTRATION.
  11. Kemudian, Isikan maklumat perniagaan melalui Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dengan mengisi maklumat lengkap dan betul.
  12. Masukkan Nama Perniagaan anda.
  13. Masukkan Tarikh Permulaan Perniagaan.
  14. Alamat Utama Perniagaan.
  15. Masukkan juga Alamat Cawangan jika ada.
  16. Masukkan Maklumat Pemilik dan Rakan Kongsi.
  17. Tulis Jenis Perniagaan yang akan dijalankan.
  18. Jika Perkongsian, sila kemukan salinan perjanjian Perkongsian anda dan rakan kongsi anda.
  19. Sekiranya berjaya, anda akan mendapat notifikasi pengesahan dari SSM.
  20. Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa satu jam dari waktu pembayaran yang telah dibuat.
  21. Selesai.

RUJUKAN

Jika anda mempunyai sebarang masalah dan persoalan berkaitan Register SSM Percuma SPPP anda boleh hubungi pihak di bawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi kepada anda secara umum untuk memudahkan urusan anda. Semoga memberi manfaat kepada anda serta mereka yang memerlukan.

MENARA [email protected]
No 7, Jalan Stesen Sentral 5,
Kuala Lumpur Sentral,
50623 Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Cara Tebus Pizza Hut Vaksin Buy 1 Free 1

Cara Tebus Pizza Hut Vaksin Buy 1 Free 1

bantuan musim tengkujuh 2021 risda

Bantuan Musim Tengkujuh 2021 RISDA – Permohonan baru, Semakan & Cara Kemaskini Bantuan Musim Tengkujuh RISDA 2021