in

CARA TEBUS BANTUAN SEKOLAH MAIWP 2022 DENGAN BOOST

CARA TEBUS BANTUAN SEKOLAH MAIWP

CARA TEBUS BANTUAN SEKOLAH MAIWP 2022 DENGAN BOOST

Untuk pengetahuan anda yang menerima Bantuan Am Persekolahan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), anda sudah boleh melakukan semakan dan menebus kelengkapan sekolah anak anda dengan aplikasi Boost melalui Program Kasih Asnaf Back To School.

Oleh itu, kami akan kongsikan maklumat mengenai cara tebus kelengkapan sekolah MAIWP 2022 dengan Boost.

Baca Juga: BANTUAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT 2022 : CARA MOHON DAN SEMAK STATUS PEMBAYARAN ONLINE

APA ITU BANTUAN MAIWP 2022?

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah melancarkan Program MAIWP KASIH ASNAF bertanggungjawab untuk memberi bantuan kepada golongan asnaf membeli keperluan barang sekolah secara percuma.

Pada tahun ini, proses pengagihan bantuan pakaian dan peralatan persekolahan bagi bantuan ini dibuat menerusi aplikasi Boost dengan menggunakan Dompet MAIWP.

CARA TEBUS BANTUAN KELENGKAPAN SEKOLAH MAIWP 2022

Bagi menebus bantuan MAIWP, sila ikut langkah di bawah bagi menebus menggunakan aplikasi Boost.

1. Layari laman web melalui pautan https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/ 

2. Seterusnya, sila klik pada Semakan Status Bantuan

3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan murid

4. Sila pastikakn Nama, Kategori dan No. Telefon E-Wallet adalah betul dan terkini

5. Status e-Wallet Boost akan dipaparkan

6. Jika nombor telefon anda masih tidak berdaftar, ikuti langkah di bawah:

  • Untuk mendaftar nombor telefon, klik Borang Pertukaran Maklumat
  • Muat turun aplikasi Boost di telefon mudah alih anda. Pastikan anda mendaftar menggunakan nombor yang sama
  • Rujuk Manual Pendaftaran Boost

MUAT TURUN APLIKASI BOOST

Google Play Store – https://play.google.com/store/apps/details?id=my.com.myboost&hl=en

Apple App Store – https://apps.apple.com/my/app/boost-ewallet/id1235987570

Huawei App Gallery – https://appgallery.huawei.com/app/C100671391

PANDUAN PENDAFTARAN AKAUN BOOST

Untuk langkah pendaftaran yang lebih jelas anda boleh rujuk Manual Pendaftaran Boost melalui video di bawah:

 

 

MAKLUMAT LANJUT

Jika anda tidak berjaya untuk mengesahkan akaun dalam masa 24 jam, sila cuba sekali lagi.

Jika anda memerlukan bantuan, sila e-mel ke [email protected]

Untuk info lanjut, sila rujuk laman web MAIWP di pautan berikut yang disediakan di bawah: https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/web/kasih-asnaf-bts-2022/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARA KEMASKINI MYSEJAHTERA 2022

CARA KEMASKINI MYSEJAHTERA 2022 : SEKIRANYA POSITIF ATAU KONTAK RAPAT