in

CARA REFUND BARANG SHOPEE MENGGUNAKAN POSLAJU/J&T(CARA BUAT PEMULANGAN BARANG ROSAK/LAMBAT SAMPAI)

CARA REFUND BARANG SHOPEE MENGGUNAKAN POSLAJU/J&T(CARA BUAT PEMULANGAN BARANG ROSAK/LAMBAT SAMPAI)

Cara return refund barang shopee menggunakan PosLaju dan J&T jika barang yang diterima rosak atau lambat sampai dan lain-lain masalah lagi. Pernah tak korang beli barang dekat Shopee, lepas tu barang yang sampai tak sama langsung dengan apa yang dibeli? Ataupun barang yang sampai Itu ada kerosakan sikit? Bila berlaku perkara macam ni, selalunya kita perlu pos semula barang tersebut kepada penjual sebelum kita boleh dapatkan duit kita semula.

Sebenarnya ada beberapa sebab lain juga yang membolehkan korang untuk membuat pulang semula barang untuk dapatkan refund ni, iaitu:

  • Barang yang sampai tak lengkap setnya (kehilangan bahagian).
  • Barang yang sampai lain daripada yang dibeli (lain warna, lain bentuk, lain produk).
  • Barang yang sampai rosak (tercalar, terlekuk, terkopak).
  • Barang yang sampai langsung tak dapat digunakan (kerosakan yang sangat teruk).

Kalau korang perlu lakukan proses return refund ni, tak perlu risau pasal kos penghantaran semula barang tu dah sebab Shopee sendiri akan tanggung semuanya. Mulai 18 Januari 2021, Shopee memperkenalkan program Shopee Free Return with PosLaju and J&T Express. Semua penghantaran semula barang untuk refund akan menjadi percuma!

Baca juga: JPJeBid: Cara Bida Nombor Pendaftaran Kenderaan (Nombor Plate Cantik)

Cara-Cara Pengembalian Barang (Return Refund) Menggunakan PosLaju

Jadi, bila permintaan untuk return refund dah disahkan, korang perlu pos barang tersebut dalam masa 5 hari daripada tempoh pengesahan tadi. Barulah korang boleh dapatkan duit semula. Cara-cara untuk membuat Return refund barang shopee dengan menggunakan PosLaju adalah:

  • Sebelum nak pos barang tersebut, korang kena print dulu Label Pengembalian (Return Label) supaya senang nak track barang tu nanti.
  • Pergi keMe > My Purchase > Return Refund > dan pilih barang yang mahu dikembalikan.
  • Kemudian tap pada Select Courier> PosLaju (free Return) > Confirm.

Lepas dah tekan Confirm, korang akan dapat tracking number bersama-sama dengan Return Label. Korang boleh e-mel Return Label ni pada diri sendiri ataupun terus download untuk print nanti.

Lepas dah print Return Label tadi, korang boleh bungkus barang yang mahu dikembalikan dan pergi ke PosLaju yang berdekatan untuk proses penghantaran.

Cara-Cara Pengembalian Barang (Return Refund Barang Shopee) Menggunakan J&T Express

Sama macam PosLaju, kalau gunakan J&T Express, korang pun perlu pos barang tersebut dalam masa 5 hari daripada tarikh pengesahan Return refund barang shopee. Untuk J&T Express, korang tak perlu pun nak print Return Label awal-awal, sebab nanti diorang yang akan printkan.

  • Pergi ke Me > My Purchase > Return Refund > pilih barang yang mahu dikembalikan.
  • Kemudian pilihSelect Courier > J&T Express (Free Return) >Confirm.

Bila dah tekan Confirm, korang boleh tap View Instructions dan akan keluar barcode yang mengandungi tracking number. Barcode ni akan discan masa proses penghantaran ni dan pekerja J&T Express akan cetak Return Label.

Ataupun cara lain, korang boleh tunjukkan tracking number yang ada di Return Detailed Page dan petugas di kaunter J&T Express akan printkan Return Label untuk bungkusan. Bila dah selesai, bolehlah hantar bungkusan tersebut di J&T Express yang berdekatan.

Macam Mana Kalau Barang yang Dibeli Tak Sampai? Boleh Refund Jugak Ke?

Kalau pernah mengalami masalah barang yang dibeli tak sampai dalam tempoh ia sepatutnya tiba, korang juga boleh dapatkan semula duit yang telah dibayar Return refund barang shopee. Cara-caranya:

  • Bila dah buka apps Shopee, pergi ke bahagian Me.
  • Cari barang tersebut di bahagian To Receive dan tap pada order tersebut.
  • Korang akan nampak tarikh sepatutnya barang tersebut sampai.
  • Tap pada bahagian Refund sekiranya barang masih belum sampai walaupun dah melebihi tarikh tersebut.
  • Dalam masa 3 hari kalau tak ada apa-apa respon daripada penjual, duit korang akan dikembalikan semula secara automatik.

Walaupun nak beli barang secara online pun korang kena tahu hak-hak sebagai pembeli. Lepas ni, tak adalah korang ditipu kalau nak beli barang di Shopee. Kalau selalu beli barang secara online, pastikan korang tahu caracara membeli dengan selamat untuk mengelakkan penipuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

JPJeBid: Cara Bida Nombor Pendaftaran Kenderaan (Nombor Plate Cantik)

JPJeBid: Cara Bida Nombor Pendaftaran Kenderaan (Nombor Plate Cantik)