in

CARA PERMOHONAN LESEN MOTOSIKAL PERCUMA (LMTS LESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA)

CARA PERMOHONAN LESEN MOTOSIKAL PERCUMA (LMTS LESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA)

CARA PERMOHONAN LESEN MOTOSIKAL PERCUMA (LMTS LESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA)

Apa itu LMTS?

Buat penduduk atau rakyat negeri Terengganu ada berita baik bagi yang belum mempunyai lesen motosikal boleh memohon LMTS iaitu lesen motosikal percuma . Ini adalah kerana dasar penjanjian yang dibuat oleh Parti PAS sekiranya menang Pilihan Raya Umum 14. Permohonan boleh dibuat secara manual dan online

Menerusi pembentangan Bajet 2019 Kerajaan Negeri Terengganu telah memperuntukkan sebanyak RM7 juta dana bagi bantuan lesen motosikal khusus bagi golongan belia. Program ini mensasarkan seramai 25,000 belia serta beliawanis yang berusia dalam lingkungan 16 hingga 40 tahun untuk mendapat manfaat daripada program LMTS 2019. Bantuan ini juga diharap dapat meringankan beban penduduk Terengganu yang layak.

CARA PERMOHONAN LESEN MOTOSIKAL PERCUMA (LMTS LESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA):

Berikut adalah cara memohon Lesen Motosikal Percuma  (LMTS)

Permohonan atas talian

  • Permohonan buat dibuat secara online Portal Rasmi Bantuan Terengganu iDana
  • Kemudian masukkan kad pengenalan anda dan klik butang Semak
  • Tanda pada bahagian Lesen B2 dan klik Permohonan Baru
  • Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan klik butang Hantar Permohonan.

Permohonan secara manual guna borang

  • Anda boleh mohon LMTS dengan mengisi borang secara manual yang boleh didapati di Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN), Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) serta Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dikawasan berdekatan.
  • Borang tersebut perlulah dihantar ke Pejabat DUN, MPKK dan i-MiTS.

Tarikh Permohanan dan tarikh Tutup LMTS

  • Tarikh Buka : 20 Februari
  • Tarikh Tutup : 5 Mac 2020

Notis : Penerima yang layak akan menerima bantuan dalam bentuk baucer. Baucer tersebut hendaklah dibawa ke Institut Latihan Memandu yang berdekatan supaya mudah untuk menjalani latihan sehingga dapat lesen motosikal B2

Syarat kelayakkan Permohonan LMTS

  1. Berikut adalah syarat yang harus diikuti bagi yang berminat:
  2. Pemohon hendaklah buat permohonan secara online
  3. Pemohon mestilah berusia 16 hingga 40 tahun bagi lesen B2 sahaja
  4. Dibuka kepada individu bujang dan sudah berkhawin
  5. Pemohon mestilah anak jati kelahiran Terengganu atau bermastautin melebihi 10 tahun.
  6. Jumlah pendapatan tidak melebihi RM2000 sebulan
  7. Program ini hanya untuk sekali sahaja bagi setiap orang, tidak boleh buat dua kali jika gagal
  8. Jika pemohon masih belajar di Sekolah/Ipt/Pusat Kemahiran perlu pengesahan tempat belajar masing-masing.
  9. Latihan mestilah di Institut Latihan Memandu dalam negeri Terengganu sahaja.
  10. Borang perlu diserahkan kepada MPKK dengan salinan dokumen diperlukan
  11. Pemohon tidak disenarai hitam oleh JPJ dan PDRM
  12. Kerajaan berhak menolak permohonan dan meminda mana-mana syarat dari masa ke semasa

Itu sahaja, semoga bermanfaat.

Baca juga disini

INFO BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA

CARA LANGGAN DISNEY+ HOTSTAR MALAYSIA: Panduan Subscribe Dan Harga Disney Hotstar Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TUTORIAL DAFTAR JADI RIDER SHOPEEFOOD

TUTORIAL DAFTAR JADI RIDER SHOPEEFOOD: Panduan Register Driver Shopee Food

JAWATAN KOSONG TERKINI MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)

JAWATAN KOSONG TERKINI MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)