in

CARA MOHON MUSAADAH TIJARIYYAH 2.0 (bantuan modal perniagaan rm3000): Cara Apply Maiwp Bantuan Secara Online

CARA MOHON MUSAADAH TIJARIYYAH 2.0 (bantuan modal perniagaan rm3000)

CARA MOHON MUSAADAH TIJARIYYAH 2.0 (bantuan modal perniagaan rm3000): Cara Apply Maiwp Bantuan Secara Online.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membuka permohonan baharu bantuan usahawan Musa’adah Tijariyyah 2.0 kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan atau kekurangan modal ataupun yang ingin mengembangkan perniagaan.

Bantuan Usahawan Musa’adah Tijariyyah 2.0 merupakan lanjutan daripada siri 1.0 yang telah dilancarkan oleh MAIWP pada bulan MAC yang lalu yang membantu asnaf dalam usaha meningkatkan taraf hidup asnaf di Wilayah Persekutuan.

CARA MOHON MUSAADAH TIJARIYYAH 2.0 (bantuan modal perniagaan rm3000): Cara Apply Maiwp Bantuan Secara Online.

Apa itu Bantuan Musa’adah Tijariyyah?

Musa’adah Tijariyyah bermaksud bantuan untuk tujuan perniagaan yang mana MAIWP akan membantu penerimanya dengan menyalurkan bantuan modal kerja daripada dana zakat.

Bantuan ini merupakan salah satu inisiatif MAIWP dalam membantu asnaf meningkatkan kehidupan melalui perniagaan.

Syarat Permohonan

  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya 1 tahun
  • Mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan :-
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Surat akuan sumpah pendapatan pemohon dan pasangan
  • Salinan lengkap SSM yang masih aktif
  • Satu Salinan penyata akaun / surat pengesahan akaun bank individu yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini (kecuali Tabung Haji dan ASB)

Cara Memohon 

  • Borang Permohonan boleh diupload di laman web www.maiwp.gov.my
  • ATAU boleh diambil di Pusat Agihan Zakat (PAZA).
  • Permohonan dibuka mulai 18 Oktober 2021 sehingga 31 Oktober 2021.

Lokasi Penghantaran Borang

  • Pusat Agihan Zakat (PAZA)
  • MAIWP Cawangan Labuan dan Putrajaya

Pemohon yang lulus diwajibkan menghadiri sesi Seminar Asas Keusahawanan sebelum proses bayaran dilaksanakan.

Baca juga disini : BANTUAN BAYI BARU LAHIR KEDAH 2021 RM100 (PROGRAM ANAKKU SEJAHTERA)

Jenis Perniagaan Yang Dibenarkan

  • Makanan dan minuman
  • Barangan Kering (pakaian, kasut, aksesori, produk kecantikan, bahan bacaan ilmiah)
  • Perkhidmatan (gunting rambut, salun dan spa kecantikan, wirering, urutan)
  • Produk-produk yang bercanggah dengan hukum syarak tidak dipertimbangkan

Tarikh Permohonan

Permohonan Musa’adah Tijariyyah 2.0 ini dibuka mulai 16 Oktober 2021 sehingga 30 Oktober 2021.

Makluman Tambahan

  • Keputusan akan dimaklum melalui SMS.
  • Sekiranya pemohon tidak mendapat sebarang maklumat dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan ditutup. Maka permohonan anda dianggap TIDAK BERJAYA.
  • Setiap pemohon yang LAYAK perlu mengikut kursus perniagaan sebelum penyaluran bantuan.

Butiran Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Usahawan Musa’adah Tijariyyah 2.0 ini sila hubungi +6019 224 2572

Facebook MAIWP: https://www.facebook.com/maiwphq
Instagram MAIWP: https://www.instagram.com/hqmaiwp/
Twitter MAIWP: https://twitter.com/maiwphq
Laman web: https://www.maiwp.gov.my/
YouTube MAIWP: MAIWP TV

Itu sahaja yang ingin dikongsikan, Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

Baca juga : INFO BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA

Leave a Reply

Your email address will not be published.

10 TEMPAT PELANCONGAN DI KELANTAN(TEMPAT MENARIK DI KELANTAN 2021)

10 TEMPAT PELANCONGAN DI KELANTAN (TEMPAT MENARIK DI KELANTAN 2021)