Cara Ganti Kad Pengenalan Melalui Panggilan Telefon, Tak Perlu Isu Borang
Berita baik buat anda diluar sana, jika sebelum ini anda boleh membuat permohonan gantian kad pengenalan melalui secara online, kini hanya dengan panggilan telefon sahaja dan tidak perlu mengisi sebarang borang.
Setelah membuat panggilan, anda hanya tinggal ambil sahaja kad pengenalan tersebut jika sudah siap.
Bca juga: bantuan khas kematian kovid-19
SYARAT PERMOHONAN GANTIAN KAD PENGENALAN
Ikuti sayarat-syarat ini terlebih dahulu sebelum membuat sebarang permohonan dalam penggantian kad pengenalan:
- Wargenegara Malaysia SAHAJA
- Permohonan untuk membuat gantian MyKad Biasa atau Kad/Cip Rosak
- Sebarang perubahan maklumat bagi alamat, agama, pindaan nama dan gambar adalah TIDAK DIBENARKAN
- Permohonan dan pengambilan MyKad hanya boleh dilakukan oleh pemilik MyKad sendiri SAHAJA.
- Caj kehilangan kad akan dikenakan jika pemohon tidak kemukakan MyKad lama semasa pengambilan MyKad di kaunter.
BAYARAN YANG DIKENAKAN
- Bayaran bagi setiap permohonan akan dikenakan sebanyak RM10
Bagi kutipan bayaran akan dikenakan semasa pengambilan kad pengenalan. Caj kehilangan kad pengenalan akan dikenakan ke atas pemohon jika gagal kemukakan MyKad lama di kaunter.
PUSAT KUTIPAN
Pusat kutipan adalah di:
JPN PUYRAJAYA
JPN ZOOM
IBU PEJABAT JPN NEGERI
TALIAN HOTLINE
Berikut merupakan talian hotline yang perlu dihubungi untuk membuat permohonan gantian MyKad baharu
Talian Hotline: 03-8880-8066
WAKTU BEROPERASI
Hari: Isnin – Jumaat
Masa: 8 pagi – 5 petang
WAKTU REHAT
1 petang – 2 petang
Jumaaat: 12.15 tengahari – 2.45 petang
CARA MOHON GANTIAN KAD PENGENALAN
Panduan untuk membuat cara ganti kad pengenalan melalui panggilan telefon
Hubungi talian hotline: 03-8880-8066
Maklumkan bahawa anda ingin membuat permohonan gantian kad pengenalan biasa atau kad/cip rosak.
Anda akan terima pengesahan dan tarikh kutipan
Hadir ke pusat kutipan yang dinyatakan
Ambil kad pengenalan baharu, dan kemudian serahkan ke kaunter kad pengenalan laa anda lalu membuat pembayaran mengikut jumlah bayaran yang dikenakan.
Kami ingin menasihati anda supaya membuat temujanji dahulu jika ingin berurusan di kaunter JPN. Hal ini bagi mengelakkan kesesakan orang ramai di musim pandemik ini.
Apa pendapat anda ?
Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.
Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.ini
Like & Follow https://semakankeputusan.com/ untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.
Sumber: jpn
One Comment
Leave a ReplyOne Ping
Pingback:Permohonan Pinjaman Tekun Online 2021 | Semakan Keputusan