in

CARA DAFTAR SHOPEE EXPRESS RIDER: Cara Register Shopee Express Rider Online

CARA DAFTAR SHOPEE EXPRESS RIDER

CARA DAFTAR SHOPEE EXPRESS RIDER: Cara Register Shopee Express Rider Online

Shopee Express
Pengiriman Percuma Shopee Express adalah program penghantaran Shopee dengan Shopee Express yang membolehkan anda menghantar bungkusan secara percuma untuk pesanan hingga 3KG. Program Penghantaran Percuma Shopee Express hanya berlaku untuk penghantaran di Malaysia Barat sahaja.

Apa itu Shopee Express Rider? Ia merupakan satu perkhidmatan penghantaran barangan kepada pelanggan dan tugas rider adalah melakukan penghantaran barang/servis kepada pelanggan dengan motorsikal.

Melalui Shopee Express Rider ini, ia memberi peluang kepada orang diluar sana untuk membina kerjaya bersama syarikat yang menyediakan perkhidmatan pembelian secara atas talian ini.

Berikut adalah cara untuk memohon pekerjaan

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia
  • Diberi keutamaan kepada jantina lelaki
  • Fasih dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
  • Mempunyai motorsikal sendiri
  • Mempunyai lesen kenderaan yang sah, insurans kenderaan
  • Mempunyai telefon pintar (sertakan dengan power bank)
  • Mempunyai pengalaman kerja minimum kurang daripada setahun
  • Terbuka bermula daripada peringkat lepasan SPM.
  • Bersikap positif dan ada friendly attitude
  • Minimum gaji adalah RM2000 sebulan dan boleh mencecah sehingga RM4000 sebulan
  • Manfaat lain : Gaji pokok + EPF dan SOCSO + Insurans + Komisen

CARA DAFTAR SHOPEE EXPRESS RIDER: Cara Register Shopee Express Rider Online

Cara daftar Shopee Express Rider Online:

  1. Sila layari laman web Shopee Careers
  2. Pada laman seterusnya, tekan butang Search Job.
  3. Kemudian, pada ruang Enter keywords, masukkan Shopee Express.
  4. Untuk search result, sekiranya ada peluang kerja yang tertera berkaitan dengan rider untuk Shopee Express, tekan jawatan tersebut.
  5. Anda akan dibawa ke laman yang seterusnya yang memaparkan perincian maklumat tentang kerjaya ini seperti Job Description dan  Requirements.
  6. Setelah membaca dan memahami segala perincian yang terkandung di laman, tekan butang Apply Now.
  7. Laman seterusnya ialah laman untuk Application Form. Pada ruang Title, masukkan gelaran untuk anda sama ada Mr, Mrs. , Ms atau Others.
  8. Pada First Name, masukkan nama anda.
  9. Pada Last Name (Surname), masukkan nama keluarga anda. (First Name dan Last Name ini adalah untuk anda yang bukan beragama Islam.
  10. Pada ruang My Location, masukkan lokasi anda berada, tempat tinggal anda, ataupun tempat menetap sekarang dan boleh menjalankan servis Shopee Express.
  11. Pada ruangan Highest Education, masukkan pencapaian akademik tertinggi anda.
  12. Pada ruangan LinkedIn Profile URL, masukkan URL profil LinkedIn anda yang boleh didapati di LinkedIn.
  13. Pada ruangan Email, masukkan alamat emel anda.
  14. Pada ruangan Contact Number, masukkan nombor telefon anda.
  15. Pada ruangan Comments, masukkan sebarang komen anda tentang permohonan anda atau cerita sedikit tentang diri anda dan sebab memohon.
  16. Tekan butang Upload untuk memasukkan resume anda dalam application form
  17. Tekan butang Submit dan selesai

Baca Juga Disini: CARA DAFTAR SHOPEE AFFILIATE : Panduan Permohonan Dan Syarat Register

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARA SEMAK STATUS INTERVIEW PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 2021:

CARA SEMAK STATUS INTERVIEW PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 2021: Panduan Check Status Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41

TUTORIAL DAFTAR SHOPBACK

TUTORIAL DAFTAR SHOPBACK (Pulangan Tunai Setiap Pembelian): Panduan Register Shopback