CARA DAFTAR LHDN PERTAMA KALI : Panduan Register LHDN Secara Atas Talian(Online)
Kepada yang baru bekerja atau baru ingin memulakan perniagaan, ini adalah cara untuk daftar LHDN pertama kali sebagai sebelum memulakan e-filing.
Apa Itu e-Daftar
e-Daftar adalah aplikasi pendaftaran fail cukai pendapatan individu syarikat, majikan, perkongsian dan perkongsian liabiliti terhad (PLT) melalui internet.
Siapa yang perlu mendaftar Fail Cukai Pendapatan ?
- Individu yang memperoleh pendapatan layak dikenakan cukai
- Individu yang menjalankan perniagaan
- Pekerja baru yang layak dikenakan Potongan Cukai Bulanan (PCB)
- Syarikat yang belum berdaftar dengan LHDNM
- Perniagaan atau syarikat yang mempunyai pekerja hendaklah mendaftar fail cukai majikan
- Perkongsian yang belum berdaftar dengan LHDNM
- PLT yang belum berdaftar dengan LHDNM
CARA DAFTAR LHDN PERTAMA KALI : Panduan Register LHDN Secara Atas Talian(Online)
Sebelum boleh buat e-filing ni kita perlu daftar terlebih dahulu.
- Layari http://www.hasil.gov.my atau terus ke pautan e-Daftar.
- Pilih menu Daftar Pembayar Cukai Individu / Syarikat.
- Semak no. cukai pendapatan anda terlebih dahulu. Masukkan no kad pengenalan untuk mengetahui samada sudah mempunyai nombor cukai pendapatan atau belum.
- Jika belum berdaftar, sila isikan maklumat pada ruangan yang disediakan.
- Sekiranya dokumen telah diisi dengan lengkap, Mesej Maklumat Borang Pendaftaran Yang Anda Masukkan Adalah Seperti di bawah akan dipaparkan.
- Klik butang Setuju setelah anda pasti dokumen telah diisi dengan lengkap dan betul.
- Sila catatkan atau cetak No. Permohonan Pendaftaran Pembayar Cukai
- No. Permohonan Pendaftaran Pembayar Cukai ini diperlukan untuk menyemak status permohonan anda
- Nombor RujukanCukai Pendapatan anda akan diberikan setelah permohonan pendaftaran pembayar cukai diluluskan).
8. Untuk semakan, klik pada pautan Info Daftar
9. Kemudian boleh cetak maklumat pendaftaran ini.
10. Bagi tujuan mengemaskini maklumat peribadi anda yang lain, anda dikehendaki mengemukakannya melalui satu surat pemberitahuan beserta dokumen yang berkaitan ke
- cawangan berkenaan atau melalui faksimili ke Pusat Khidmat Pelanggan di talian 03-42893400;
- Atau kemaskini (nombor telefon, alamat emel, alamat surat-menyurat, alamat kediaman dan alamat premis perniagaan) secara online melalui e-Kemaskini.
Peringatan
Permohonan e-Daftar akan dibatalkan sekiranya tiada dokumen lengkap diterima dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan dan pemohon dikehendaki membuat semula permohonan baru berserta dokumen yang lengkap.
Dokumen Yang Diperlukan Untuk Daftar LHDN
Muat naik salinan dokumen berikut bersama permohonan:
- Satu salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terkini / Slip Gaji terkini ;
- Satu salinan kad pengenalan/kad pengenalan polis/kad pengenalan tentera/passport antarabangsa
- Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada).
- Sijil pendaftaran perniagaan bagi warganegara Malaysia yang menjalankan perniagaan.
- Pasport dan sijil pendaftaran perniagaan bagi bukan warganegara Malaysia yang menjalankan perniagaan.
Semak Status Permohonan
Sila semak status permohonan menggunakan nombor permohonan,selepas beberapa hari bekerja.
- Nombor permohonan akan diberi setelah borang pendaftaran online diterima.
- Jika permohonan anda telah diterima dan disahkan, anda akan diberikan nombor PIN yang akan digunakan semasa
(e-Filing)
e-Filing adalah satu kaedah menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan secara elektronik melalui Internet.
Pembayar cukai digalakkan menggunakan e-Filing kerana ianya Mudah, Cepat dan Selamat
Sebagai persediaan untuk buat e-Filing, kita perlukan borang EA atau borang EC untuk isytiharkan pendapatan kita.
- Penyata gaji pekerja kerajaan – Borang EC.
- Penyata gaji pekerja swasta – Borang EA.
- Penyata bayaran insentif – Borang CP58
(Individu yang menerima komisen contohnya ejen-ejen penapis air,, Takaful, Unit Trust,
- Jika makan gaji, isi borang BE sebelum 30 April 2021.
- Jika makan gaji dan ada terima komisen atau income bisnes, sila isi borang B sebelum 30 Jun 2021.
- Selain mendapatkan dokumen ini, anda juga boleh kumpul semula resit perbelanjaan yang sah dan layak untuk pengecualian cukai, contohnya resit bayaran zakat, SSPN, Takaful, atau resit perubatan ibu bapa.
Tarikh e-Filing pula e-Filing boleh diisi bermula 1 Mac setiap tahun.
Baca juga Disini :CARA SEMAK PENYATA KWSP SECARA ONLINE (i-Akaun)
Butiran
Care Line: 03-8911 1000
Faks : 03-4289 3400
E-mel: [email protected]