in

CARA BAYAR BIL AIR ONLINE MELALUI MAYBANK2U, BSN DAN JOMPAY

CARA BAYAR BIL AIR ONLINE MELALUI MAYBANK2U, BSN DAN JOMPAY

CARA BAYAR BIL AIR ONLINE MELALUI MAYBANK2U, BSN DAN JOMPAY

Membayar bil air sudah menjadi kewajipan bagi pengguna untuk membayarnya setiap bulan agar bil air tidak dipotong dan terus mendapat bekalan air bersih untuk memenuhi keperluan harian.Air amat penting untuk teruskan hidup seperti digunakan untuk membersihkan diri, memasak dan banyak lagi.

Kalau dahulu setiap pelanggan yang ingin memeriksa bil dan juga membayar bil air perlu beratur panjang di pejabat air sebelum adanya sistem secara dalam online.

Kaedah perlu pergi ke pejabat semestinya kurang praktikal untuk orang yang bekerja dan sibuk kerana anda perlu luangkan masa yang lama sekiranya perlu beratur panjang.

CARA BAYAR BIL AIR ONLINE MELALUI MAYBANK2U, BSN DAN JOMPAY.

Jadi disini saya akan kongsikan beberapa kaedah bayar bil air secara online yang telah dibuat bagi kemudahan pengguna melalui maybank2u, bsn dan jompay.

Cara bayar bil air online melalui Maybank2u

  1. Buka website Maybank2u.com
  2. Masukkan username dan kata laluan Maybank2u.
  3. Kemudian klik menu Pay Bills
  4. Pilih Pay From dari akaun anda nak
  5. Paye to: pilih Payee
  6. New Payment: Pilih Jabatan Air yang sesuai kawasan anda
  7. Amount: Masukkan jumlah yang perlu dibayar
  8. Account No: Masukkan no akaun yang digunakan pada bil air anda
  9. Effective Date: pilih tarikh yang terkini
  10. Seterusnya klik butang Pay
  11. Request t&c dan selesai

Cara bayar bil air online melalui BSN

  1. Log in myBSN
  2. Klik Bill Payment
  3. Kemudian pilih Utilities
  4. Payee Name: Pilih mengikut kesesuain kawasan anda
  5. From Account: Pilih akuan yang nak guna
  6. Bill Account No: pilih New Bill Payment dan masukkan no akaun bil air
  7. Amount: masukkan jumlah yang perlu dibayar
  8. Request t&c dan klik Submit, selesai

Cara bayar bil air melalui JomPAY

  1. Log in internet bankin melalui laptop atau telefon bimbit
  2. Cari option Bayaran Bil dan cari Logo JomPAY
  3. Biller Code(Wajib): 8144
  4. Ref-1(Wajib): No. akaun bil air anda
  5. Ref-2(Tidak Wajib)
  6. Masukkan jumlah yang perlu dibayar dan sahkan
  7. Selesai

Jangan lupa baca juga disini:

CARA MEMOHON EIS PERKESO: Panduan Mohon Bantuan Perkeso Hilang Pekerjaan RM600

INFO BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA

Itulah cara dan langkah yang mudah untuk bayar bil air menggunakan perkhidmatan bank secara online dengan Maybank2u, myBSN dan JomPAY, Semoga bermanfaat dan memudahkan kerja anda. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SEMAKAN MYSALAM B40 M40 : CARA DAFTAR SECARA ONLINE

SEMAKAN MYSALAM B40 M40 : CARA DAFTAR SECARA ONLINE