in

BORANG PERSETUJUAN VAKSIN KANAK-KANAK(Muat Turun Download Online)

BORANG PERSETUJUAN VAKSIN KANAK-KANAK(Muat Turun Download Online)

KKM menyasarkan pemberian vaksin kepada kanak-kanak kumpulan remaja berusia 12 hingga 17 tahun sebagai persediaan menjelang pembukaan sekolah dengan selamat. Usaha ini bagi memastikan risiko jangkitan di sekolah dapat dikurangkan dan seterusnya mencegah kejadian kes dan kluster di kalangan warga sekolah

Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah memberikan kelulusan bersyarat kepada semua kanak-kanak remaja yang telah mencapai umur 12 tahun DAN ke atas untuk divaksinasi. Sehubungan dengan itu, ibu bapa dan penjaga dinasihatkan untuk mendaftarkan anak-anak mereka yang layak menerusi institusi-institusi pendidikan masing-masing DAN melalui aplikasi MySejahtera dengan kadar yang segera.

Kami telah sediakan borang persetujuan vaksin kanak-kanak yang dapat membantu anda.

Baca juga: Harga iphone 13 malaysia

Prosedur Sebelum Dicucuk Vaksin

Prosedur yang perlu dilakukan sebelum menerima vaksin pada hari temu janji adalah untuk mengenal pasti jika anda layak atau tidak untuk menerima vaksin. Antara syarat tidak layak untuk menerima vaksin adalah:

Mempunyai sejarah kemasukan hospital disebabkan alahan yang teruk
Mempunyai sejarah reaksi alahan pada mana-mana vaksin yang pernah diterima sebelum ini
Pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan kanser seperti kemoterapi dan radioterapi
Individu yang sedang demam disebabkan jangkitan virus atau bakteria
Individu yang mempunyai masalah sel darah putih yang rendah
Kesan Selepas Vaksin Covid 19

Berikut merupakan perkara-perkara yang perlu diambil perhatian kepada kanak-kanak selepas mendapat suntikan vaksin COVID-19;

Kemungkinan sakit dan bengkak di tempat suntikan, penat, sakit kepala, sakit otot, menggigil, dan demam;
Radang jantung (myocarditis) dan radang selaput jantung (pericarditis) adalah kesan yang sangat jarangberlaku, di mana;
Kebiasaannya berlaku selepas menerima dos kedua;
Kebiasaannya berlaku beberapa hari selepas divaksinasi;
Lebih kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak lelaki;
Walau bagaimanapun, risiko myocarditis dan pericarditis ini adalah lebih rendah berbanding risiko untuk berlaku radang jantung yang disebabkan oleh jangkitan COVID-19, di mana ianya adalah 37 kali ganda lebih tinggi;
Ibu bapa perlu mengawasi gejala-gejala awal seperti sakit dada, kesukaran bernafas, dan jantung berdegup laju selepas anak menerima vaksin untuk segera mendapatkan penilaian kesihatan dan rawatan; dan
Pengawasan perlu dilakukan supaya kanak-kanak tidak melakukan aktiviti lasak dalam tempoh seminggu selepas vaksinasi.

BORANG PERSETUJUAN VAKSIN KANAK-KANAK

Borang Vaksin Covid-19 kanak2 BM-BI

Pusat Pemberian Vaksin Remaja Secara Walk In

Sebanyak 156 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam dan Intergrasi dikenal pasti bagi menyediakan suntikan vaksin secara ‘walk-in’ kepada remaja, di seluruh negara.

Pelaksanaan kaedah ‘walk-in’ berjadual akan dilakukan mengikut lokasi sekolah berhampiran dengan PPV yang dikenal pasti dan akan dilaksanakan mengikut giliran serta tarikh dan masa yang ditetapkan.

Bagi remaja yang tidak bersekolah, mereka dibenarkan untuk datang ke mana-mana 156 PPV yang berdekatan dengan kediaman. Bagi remaja yang akan menduduki peperiksaan utama dan bersekolah di sekolah asrama penuh atau asrama harian, janji temu dos pertama vaksin COVID-19 akan diberikan di klinik atau sekolah yang berhampiran tempat tinggal mereka, manakala vaksin dos kedua akan diberi di sekolah.

Untuk mengelakkan kesesakan di PPV, hanya seorang ibu atau bapa atau penjaga dibenarkan menemani remaja untuk tujuan vaksinasi.

Senarai PPV Untuk Remaja Seluruh Malaysia

Berikut adalah tempat pemberian vaksin yang boleh dikunjungi para remaja secara walk in:

BORANG PERSETUJUAN VAKSIN KANAK  

Semoga perkongsian tentang borang persetujuan vaksin kanak-kanak yang dapat memberikan manfaat kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

HARGA IPHONE 13 MALAYSIA

HARGA IPHONE 13 MALAYSIA : SENARAI PRICE VERSI STANDARD, MINI, PRO DAN PRO MAX