APPLY MYBKM : PERMOHONAN BARU BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022 ONLINE
Menerusi pembentangan Belanjawan 2022, Bantuan Keluarga Malaysia 2022 (BKM) ini adalah pembaharuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Bantuan ini telah ditambah dari segi jumlah bayarannya kepada jumlah yang relevan untuk pada masa sekarang.
Baca juga disini: KELUAR DIVIDEN ASB : CARA WITHDRAW DUIT ASB ONLINE
Kini telah dibuka permohonan untuk memohon BKM bagi anda yang belum berdaftar dan menepati syarat-syarat yang ditetapkan
Syarat Kelayakkan Untuk Permohonan Pendaftaran Baru BKM 2022
a) Isi Rumah
- Sudah berkahwin.
- Ibu atau Bapa Tunggal
- Balu/Janda/Duda yang tiada anak menepati syarat
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5000 dan ke bawah.
b) Warga Emas Bujang atau Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal
- Balu/Janda/Duda yang tiada anak yang menepati syarat.
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas.
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5000 dan ke bawah.
c) Individu Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal
- Balu/Janda/Duda yang tiada anak yang menepati syarat.
- Had umur adalah 21-59 tahun.
- Pendapatan Bujang adalah RM2500 dan ke bawah.
APPLY MYBKM : PERMOHONAN BARU BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022 ONLINE
Cara Daftar Permohonan Baharu BKM 2022 Online
- Sila layari https://bkm.hasil.gov.my/
- Klik pada Permohonan Baharu
- Setelah itu, Masukkan No. MyKad dan klik Semak. Sila isi maklumat di bahagian bertanda (*).
- Klik Teruskan selepas selesai mengisi maklumat
- Isi Kod Captcha dan klik Sahkan Captcha.
- Tandakan Perakuan Pemohon Berkenaan.
- Klik pada butang Hantar bagi meneruskan permohonan.
- Setelah selesai dan permohonan telah berjaya dihantar, sila klik butang Cetak untuk memuat turun rekod permohonan anda.
Butiran Lanjut
Itu sahaja, pihak kami hanya berkongsi maklumat untuk memudahkan anda , jika sebarang pertanyaan boleh tanya pihak yang berkenaan.
Untuk maklumat lanjut mengenai BKM 2022, talian dan emel di bawah:
Hotline BKK LHDNM : 1800 88 2747
Customer Service BKK MoF : 03 8882 4565
E-Mel : [email protected].