CARA SEMAK STATUS BAYARAN BPR TAMBAHAN UNTUK AKAUN SELAIN BSN DAN TIADA AKAUN
Seperti yang kita sedia maklum, dalam Perutusan Khas Perdana Menteri telah diumumkan bayaran tambahan melalui Pakej Bantuan 3.0 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) PEMERKASA+.
Sebanyak RM2.1 bilion telah diperuntukkan bagi menambah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui perutusan tersebut bagi tujuan membantu kelangsungan hidup rakyat dalam tempoh pandemik yang mencabar.
Berikut dikongsikan info penuh tentang bayaran Bantuan Prihatin Rakyat tambahan yang diumumkan kepada penerima sedia ada dan penerima BPR Rayuan.
Baca juga: SKIM USAHAWAN PERMULAAN BUMIPUTERA SUPERB TERAJU (GERAN PERNIAAGAAN SEHINGGA RM500,000)
CARA SEMAK STATUS BAYARAN BPR TAMBAHAN UNTUK AKAUN SELAIN BSN DAN TIADA AKAUN
Bantuan BPR Tambahan adalah bayaran tambahan bagi BPR 2021 yang masih berlangsung secara berfasa.
Penerima Bantuan Prihatin Rakyat yang layak akan menerima bayaran tambahan mengikut kategori masing-masing.
Jumlah Bantuan BPR Tambahan
Berikut adalah jumlah bantuan BPR Tambahan yang diumumkan kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat
- Bagi kategori isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2,500, mereka akan menerima kadar tambahan sebanyak RM500
- Kategori isi rumah berpendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000, akan menerima kadar sebanyak RM300.
- Golongan bujang pula akan menerima RM100
RM100 untuk kategori Bujang / Ibu Bapa Tunggal tiada anak berumur 60 tahun dan ke atas dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah
Jumlah Bantuan BPR Tambahan
Bayaran tambahan itu telah dikreditkan ke akaun penerima BPR sedia ada pada hujung bulan Jun 2021 yang lalu.
Bayaran tersebut merupakan tambahan sebanyak RM2.4 bilion kepada fasa bayaran terakhir BPR pada bulan September.
TERKINI, bagi penerima Rayuan BPR, anda akan menerima bayaran BPR Tambahan mulai tarikh berikut:
- Ada Akaun (BSN) : Bermula 28 September 2021
- Ada Akaun (Selain BSN) : Bermula 4 Oktober 2021
- Tiada Akaun / Gagal Kredit : Bermula 4 Oktober 2021 di Kaunter Cawangan BSN
Cara Permohonan
Buat masa ini, tiada lagi permohonan yang boleh dibuat.
Sebaliknya, Kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) bagi tahun 2021 / 2022.
Tarikh bayaran BKC Fasa 2 dijangka akan dibuat pada bulan November dan akan dimaklumkan oleh pihak LHDN dari semasa ke semasa melalui media sosial dan laman web.
Rujukan
Untuk maklumat lanjut berkaitan bayaran tambahan ini, sila rujuk di saluran berikut:
Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.