in

Permohonan Rayuan bpr 2021, Jadual Duit Masuk & Kod Tak Lulus

Permohonan Rayuan bpr 2021, Jadual Duit Masuk & Kod Tak Lulus

Untuk makluman semua, semakan status kelulusan bagi rayuan BPR kini boleh dibuat mulai 18 September 2021 di Portal BPR.

Menurut sumber dari kenyataan rasmi Menteri Kewangan sendiri, Semakan boleh dibuat di laman rasmi bpr iaitu di:

Baca juga: Bila GKP 4.0 akan dibayar

SEMAKAN BPR

Anggaran peruntukan yang Kerajaan sediakan adalah sejumlah RM240 juta yang mana telah melibatakan hampir 200 ribu penerima BPR. Untuk pengetahuan anda, bayaran akan mulai dikreditkan ke dalam akaun anda yang mana telah didaftarkan kepada pihak BPR semasa membuat permohonan rayuan BPR pada penghujung September 2021 bersama dengan penerima bayaran BPR Fasa 3

Bukan itu sahaja, katanya kerajaan telah membuat kemaskini berkaitan data, bagi golongan B40 yang menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) melalui permohonan rayuan BPR pada 15-30 Jun yang lalu.

Bagi permohonan rayuan ini telah disemak dan dipastikan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk memastikan bantuan ini dapat disalurkan kepada mereka yang benar-benar layak sahaja.

Melalui bantuan ini, kerajaan berharap agar dengan inisiatif diebrikan ini sedikit sebanyak dapat membantu rakyat menampung dan menguruskan perbelanjaan penting mereka.

Kerajaan juga telah memberikan peluang kepada golongan yang lulus rayuan BPR untuk menyertai Program Jaringan Prihatin.

Oleh yang demikian, tarikh akhir bagi pendaftaran dan penebusan program ini akan dilanjutkan sehingga 30 September 2021. Perlanjutan ini juga selaras dengan situasi semasa dan akan memberikan ruang dan masa pada mereka yang perlu untuk mendaftar dna menebus telefon mereka di kedai secara fizikal.

Di bawah kami kepilkan sekali ringkasan jumlah pembayaran dan tarikh bayarn tunai Kerajaan pada tahun 2021

permohonan rayuan bpr 2021

 

Kod Alasan Tidak Lulus BPR Fasa 2

Antara alasan TIDAK LULUS BPR FASA 2 adalah seperti berikut:

05 – Maklumat pengenalan pasangan perlu pengesahan
12 – Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
36 – Pemohon / pasangan adalah penerima GKP
31 – Status perkahwinan perlu pengesahan
39 – Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan

Tarikh Permohonan Rayuan

Bagi mereka yang ingin membuat rayuan BPR, tarikh permohonan rayuan akan dibuka mulai 15 Jun sehingga 30 Jun 2021.

Kategori Layak Membuat Rayuan

Terdapat hanya 2 kategori pemohon yang layak membuat rayuan BPR iaitu:

Pemohon yang berstatus Tidak Lulus BPR 2021; atau
Pemohon yang berstatus Lulus BPR 2021 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan, dan perubahan pendapatan sahaja.

Kod Alasan Tidak Lulus & Dokumen Sokongan

KodTidakLulusdanDokumenSokongan

Bagi pemohon yang ingin membuat rayuan, mereka perlu menghantar dokumen sokongan berdasarkan kod alasan tidak lulus iaitu:

Sumber: Kenyataan Rasmi Kementerian Kewangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perbezaan antara siri iPhone 13 dengan iPhone 12 yang anda perlu tahu!