in

Perbezaan antara siri iPhone 13 dengan iPhone 12 yang anda perlu tahu!

Perbezaan antara siri iPhone 13 dengan iPhone 12 yang anda perlu tahu!

Pada beberapa hari lepas, Apple telah melancarkan siri iPhone 13 dalam acara rasminya. Pelbagai produk lain turut diumumkan seperti iPad, iPad mini, iPad OS 15 dan Apple Watch 7. Jadi, apakah perbezaan antara iPhone 12 dan 13?

Beberapa ciri baharu yang dibawakan pada iPhone 13 iaitu takuk (notch) yang terdapat pada skrinnya telah dikecilkan, penambahan daripada segi berat, bateri dengan kapasiti yang lebih besar dan penambahbaikan pada kamera.

Baca juga: Permohonan rayuan bpr 2021

Cipset A15 Bionic & storan

cipset a15

iPhone 13 menggunakan cipset terbaru iaitu A15 Bionic 5nm sementara iPhone 12 menggunakan Bionic A14. Apple membuat siri cip sendiri untuk iPhone dan telah mempelopori pasaran daripada segi prestasi dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

iPhone 13 juga mempunyai RAM 4GB dan mempunyai storan daripada 128GB sehingga 512GB manakala iPhone 12 mempunyai storan bermula daripada 64GB sehingga 256GB. Untuk varian iPhone 13 Pro pula, ia bakal menawarkan storan 1TB iaitu storan terbesar dalam sejarah iPhone setakat ini.Perbezaan antara siri iPhone 13 dengan iPhone 12 yang anda perlu tahu!

Kamera

kamera

Tambahan, kedudukan kamera belakang juga berbeza dengan kedudukan bersilang (diagonal) berbanding iPhone 12 yang mempunyai susunan kamera secara menegak. Daripada segi kamera, iPhone 13 mempunyai sensor yang sama dengan iPhone 12 tetapi terdapat beberapa ciri tambahan baharu yang Apple bawakan kepada iPhone 13.

Antaranya, kamera utama iPhone 13 mempunyai ciri yang lebih baik ketika menangkap gambar dalam keadaan gelap. Ia merupakan penambahbaikan yang dibuat Apple untuk kameranya yang mana telefon ini mampu menangkap cahaya dengan prestasi 47% lebih baik berbanding iPhone 12.

Terdapat dua ciri lain yang ditambah dalam bidang fotografi dan videografi iaitu mod Cinematic dan Photography Styles. Mod Cinematic berfungsi seperti mod Potrait tetapi kali ini ianya dalam bentuk video.

bokeh

Subjek akan difokuskan ketika rakaman dan latar belakangnya akan diberikan kesan kabur (bokeh). Untuk Photography Styles pula, anda akan dibenarkan untuk menetapkan warna, tumpuan dan kesan bayang-bayang pada objek yang difokuskan.

Teknologi penstabilan Sensor Shift turut diperkenalkan dalam iPhone 13, iPhone 13 mini, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max. Sebelum ini, teknologi tersebut hanya dilengkapkan dalam varian iPhone 12 Pro sahaja.

Reka bentuk dan skrin

skrin

Seterusnya, terdapat perbezaan daripada segi berat, ketebalan dan pengecilan takuk yang terdapat pada skrin. iPhone 13 hadir dengan pengecilan takuk sebanyak 20% dan ketebalannya juga bertambah sebanyak 0.25 mm berbanding iPhone 12. Beratnya juga berbeza iaitu iPhone 13 mempunyai berat 174 gram manakala iPhone 12 seberat 164 gram.

Saiz skrin di antara varian iPhone 12 dengan iPhone 13 juga adalah serupa, kecuali pada saiz takuk di atas skrin. Khas untuk varian iPhone 13 Pro, ia dilengkapi skrin dengan teknologi ProMotion di mana skrin boleh memaparkan kadar segar semula boleh ubah (adaptive refresh) daripada 10Hz hingga 120Hz, mengikut kandungan yang dipaparkan. Oleh yang demikian, anda boleh menikmati kadar skrin pantas namun masih boleh menjimatkan penggunaan bateri.

Bateri

BATERI

Apple masih belum mendedahkan kapasiti bateri yang terdapat pada iPhone 13 dan mengikut sumber yang boleh dipercayai, ianya hadir dengan kapasiti bateri 3,095mAh. Baterinya lebih besar berbanding iPhone 12 iaitu 2,815mAh. Apple mengesahkan bahawa penggunaan iPhone 13 adalah 1.5 jam bertahan lebih lama berbanding iPhone 12.

Secara keseluruhan, siri iPhone 13 sebenarnya tidak membawa penambahbaikan yang ketara berbanding iPhone 12 kerana kebanyakan spesifikasi di antara kedua-dua telefon tersebut adalah serupa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Permohonan Rayuan bpr 2021, Jadual Duit Masuk & Kod Tak Lulus

JPJeBid: Cara Bida Nombor Pendaftaran Kenderaan (Nombor Plate Cantik)

JPJeBid: Cara Bida Nombor Pendaftaran Kenderaan (Nombor Plate Cantik)