BANTUAN WANG EHSAN NEGERI KELANTAN IPTA 2022 (SYARAT DAN CARA PERMOHONAN)
Para pelajar dari Kelantan yang bakal melanjutkan pelajaran ke institusi pendidikan tinggi dipelawa untu memohon wang ehsan. Hal ini dapat membantu meringankan beban tanggungan kos pendidikan anda.
Kami menyediakan panduan ringkas berkenaan cara permohonan bantuan Wang Ehsan Negeri Kelantan untuk kemasukan ke IPTA.
Baca Juga: CARA MOHON BANTUAN PERKAHWINAN RM1000 KELANTAN: Panduan Register & Syarat Kelayakkan
APA ITU WANG EHSAN KELANTAN IPTA
Wang Ehsan Bantuan Sambung Belajar – Biasiswa Pelajar untuk pelajar-pelajar dari kelantan yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti awam tempatan dan politeknik
SYARAT PERMOHONAN WANG EHSAN KELANTAN IPTA
Berikut adalah 3 syarat utama yang perlu dipenuhi sebelum memohon:
- Pemohon warganegana Malaysia yang dilahirkan di negeri Kelantan (Kod Kad Pengenalan: 03, 28. 29)
- Pemohon telah menerima tawaran daripada mana-mana IPTA (Surat tawaran tahun semasa)
Ibubapa pemohon adalah dilahirkan di negeri Kelantan (Kod Kad Pengenalan ibubapa: 03, 28. 29) - Pendek kata pemohon atau ibubapanya mestilah dilahirkan di Kelantan dan telah mendapat tawaran dari mana-mana IPTA di Malaysia barulah layak untuk memohon Wang Ehsan ini.
CARA PERMOHONAN WANG EHSAN NEGERI KELANTAN
1. Pergi ke website Permohonan Wang Ehsan Kemasukan IPTA (Klik disini) atau https://www.ehsan.icu.gov.my dan pergi kepada PERMOHONAN untuk permohonan baru.
2. Isi semua maklumat yang diminta.
3. Semak kembali maklumat yang diisi dan sekiranya semua sudah betul, klik pada CETAK PERMOHONAN.
4. Sahkan borang permohonan tadi serta dokumen berkaitan.
5. Akhir sekali, hantarkan borang permohonan serta dokumen berkaitan ke Unit Wang Ehsan, Tingkat 12, Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan.
Antara dokumen-dokumen berkaitan (perlu pengesahan) yang diperlukan adalah:
- Salinan kad pengenalan pemohon.
- Salinan surat tawaran IPTA.
- Salinan kad pengenalan ibubapa.
- Borang permohonan adalah secara online sahaja kemudian print dan hantar ke alamat diatas selewat-lewatnya 1 bulan dari tarikh permohonan anda didaftarkan.
SOALAN LAZIM
1. Q: Siapakah yang layak untuk memohon bantuan bagi kategori ini?
A: Syarat-syarat untuk memohon bantuan sumbangan Wang Ehsan Kemasukan Ke IPTA adalah seperti berikut:
i. Semua warganegana Malaysia yang dilahirkan di negeri Kelantan layak memohon. (Kod Kad Pengenalan: 03, 28. 29).
ii. Telah menerima tawaran dari mana-mana IPTA. (Surat tawaran tahun semasa, iaitu kemasukkan BAHARU sesi 2020/2021).
iii. Pelajar/Ibubapa adalah dilahirkan di negeri Kelantan. (Kod Kad
Pengenalan pelajar/ibubapa: 03, 28. 29).
– – – – – – – – – – – – – – – – –
2. Q: Bagaimana untuk memohon bantuan bagi kategori ini?
A: Cara memohon bantuan sumbangan Wang Ehsan Kemasukan Ke IPTA adalah seperti berikut:-
i. Layari laman sesawang www.ehsan.icu.gov.my dan klik pautan
permohonan.
ii. Isi permohonan dalam talian.
iii. Cetak permohonan.
iv. Sahkan borang permohonan serta dokumen berkaitan.
v. Serahkan borang permohonan serta dokumen berkaitan ke
1) Unit Wang Ehsan, Tingkat 12, Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan
atau
2) Pejabat PPNK baharu di Tunjong (Bangunan Wisma Harris bersebelahan Stesen Minyak Petronas, Tunjong)
Dokumen-dokumen berkaitan :-
– Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
– Salinan Surat Tawaran IPTA.
– Salinan Kad Pengenalan Ibubapa.
– Salinan Sijil Kelahiran Pemohon.
– – – – – – – – – – – – – – – – –
3. Q: Bolehkah saya membuat semakan untuk status permohonan saya?
A: Ya, dengan melayari laman sesawang www.ehsan.icu.gov.my dan klik pautan semak permohonan