in

SEMAKAN DIVIDEN ASB ASN 2021: Check Secara Atas Talian Melalui Maybank2u

SEMAKAN DIVIDEN ASB ASN 2021

SEMAKAN DIVIDEN ASB ASN 2021: Check Secara Atas Talian Melalui Maybank2u

Apa itu ASB

SEMAKAN DIVIDEN ASB ASN 2021

ASB ni dilancarkan pada 2 Januari 1990 oleh Amanah Saham Nasional Berhad , Objektifnya untuk membantu bumiputera menyediakan simpanan alternatif.Simpanan alternatif ASB boleh menjana pulangan/lkeuntungan untuk jangka masa yang panjang dan secara konsisten.

Maksudnya, pulangan setiap tahun yang anda akan terima adalah secara konsisten. ASB ni jugak dibuat sebagai harga dana pendapatan ekuiti tetap, iaitu harga seunit dana tu dah tetap dengan harga RM1.00. Selain itu, sebarang jualan dan yuran penebusan unit ASB ni tak akan dikenakan caj.

Apa itu ASN

SEMAKAN DIVIDEN ASB ASN 2021

Dana Amanah Saham Nasional (ASN) dilancarkan pada 20 April 1981. ASN adalah dana pertama Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan hanya dibuka kepada Bumiputera Malaysia sahaja. Objektif dana adalah untuk menghasilkan tahap pengagihan pendapatan dan peningkatan modal yang wajar kepada Pemegang Saham melalui portfolio pelaburan yang pelbagai.

Pada awalnya, ASN dilancarkan dengan harga seunit RM1.00 tetapi ianya telah ditukar mengikut harga pasaran pada tahun 1991. Ukuran dana yang diperuntukkan adalah sebanyak 2.5 bilion unit. Jadual di bawah adalah kadar dividen dari tahun 2010 sehingga tahun 2018.

Baca juga disini: CARA NAK BUKA AKAUN ASB ANAK : Panduan Daftar Akaun ASB Anak di Pejabat Pos

SEMAKAN DIVIDEN ASB ASN 2021: Check Secara Atas Talian Melalui Maybank2u

Berikut kami akan kongsikan dengan lebih lanjut berkaitan cara semakan dividen ASB dan ASN dengan menggunakan Mybank2u & MyAsnb. Sila rujuk dibawah:

Cara semakan Dividen ASB/ASN melalui Maybank2u

  1. Langkah pertama layari laman web Maybank2u
  2. Kemudian masukkan Username dan tekan Login.
  3. Seterusnya tekan Yes jika frasa keselamatan anda betul seperti yang dipaparkan.
  4. Masukkan Password dan tekan Login.
  5. Sila perhatikan di sebelah Accounts & Cards, Tekan Wealth untuk semak dividen ASB/ASN 2021 anda.
  6. Paparan akan menunjukkan Total Assets di sini iaitu Jumlah Terkini ASB/ASN anda.
  7. Untuk semak berapa jumlah dividen ASB/ASN 2021 yang anda dapat, sila lihat ke paparan My Wealth.
  8. Di My Wealth akan menunjukkan My Asset iaitu dana yang anda miliki. Jika anda ada banyak dana ASNB maka kesemua dana yang anda ada akan dipaparkan di sini.
  9. Untuk semakan dividen ASB/ASN 2021 pula sila tekan ASNB di My Wealth.
  10. Paparan akan menunjukkan Membership Name, Fund Name, Acc Number, Amount (RM).
  11. Tekan Nama Anda dimana Fund Name “Amanah Saham Berhad” untuk melihat jumlah dividen ASB 2021 yang anda dapat.
  12. Paparan akan menunjukkan Jumlah dan Transaksi Dividen ASB.ASN 2021 anda di Description.
  13. Anda berjaya membuat semakan berapa jumlah dividen ASB/ASN 2021 yang anda dapat.

Butiran Lanjut

Sebarang pertanyaan dan persoalan anda boleh ajukan ke pihak yang berwajib di bawah ini. Pihak kami hanya berkongsi maklumat dan panduan untuk semak jumlah Dividen ASB 2021 kepada mereka yang memerlukan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.

Pusat Khidmat Pelanggan ASNB 03-7730 8899 (8 pagi – 10 malam).

Emel : [email protected].

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JAWATAN KOSONG MAYBANK BERHAD

JAWATAN KOSONG MAYBANK BERHAD – Mohon Segera!

PANDUAN RENEW INSURANS ROADTAX BJAK.MY

PANDUAN RENEW INSURANS ROADTAX BJAK.MY : Cara Perbaharui Insuran Cukai Jalan Guna Aplikasi Bjak.my