Permohonan Rumah Mampu Milik 2021 Dibuka Untuk Golongan B40 Yang Impikan Rumah Pertama
Adakah anda ingin memohon rumah mampu milik? Berita baik buat semua rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk memiliki rumah pertama idaman anda. Untuk pengetahuan anda, kini Jabatan Perumahan Negara (JPN) telah menyediakan sebuah portal online iaitu TEDUH yang mana memudahkan rakyat Malaysia melakukan semakan atau mencari rumah yang bakal mereka beli ataupun sewa.
Seperti yang kita sedia maklum, portal TEDUH ini juga turut memaparkan beberapa skim perumahan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan iaitu Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome), Program Perumahan Rakyat (PPR), PR1MA, PPAM dan Rumah Transit. Fungsi laman web TEDUH ini adalah merupakan portal utama yang memaparkan segala maklumat tentang projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta di Malaysia.
Berikut adalah dikongsikan maklumat berkaitan Skim Perumahan di Malaysia termasuk memaparkan syarat kelayakan, senarai program perumahan dan cara permohonan. Untuk ketahui cara memohon, sila klik pada pauutan yang disediakan di bawah ini.
Baca juga: Permohonan temujanji bank rakyat online
CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK
A. Daftar Akaun
1. Untuk lakukan pendaftaran, anda perlu membuat pendaftaran akaun menerusi laman sesawang di sini https://sprn.kpkt.gov.my/user/register
2. Masukkan segala maklumat anda seperti nama, no. kad pengenalan dan email. Seterusnya, sila klik butang daftar.
B. Buat Pengesahan
1. Pemohon akan menerima email dari PENDAFTARAN AKAUN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK untuk tujuan mengaktifkan akaun yang telah didaftarkan.
2. Pastikan pemohon klik pada pautan yang berwarna biru untuk pengaktifan akaun dan penetapan kata laluan anda.
3. Masukkan tetapan kata laluan. Sila pastikan ruangan “Pengesahan Kata Laluan” adalah sama dengan ruangan “Kata Laluan”. Seterusnya, klik pada butang simpan.
C. Log Masuk
1. Masukkan no. kad pengenalan dan kata laluan yang telah ditetapkan pada ruangan. Kemudian, log masuk pada akaun tersebut.
D. Pilih Skim Perumahan
1. Untuk lakukan permohonan, anda perlu mengenalpasti dan memilih skim perumahan yang ditawarkan. Klik pautan pilih skim.
2. Sila baca syarat dan kelayakan pemohon untuk setiap skim sebelum membuat permohonan. Terdapat maklumat senarai projek yang dibuka untuk permohonan pada bahagian kanan pilihan skim. Seterusnya, klik butang “pilih skim”.
E. Maklumat Pemohon
1. Klik pautan maklumat pemohon.
2. Masukkan segala maklumat pemohon yang diperlukan dan klik butang “Simpan”. Maklumat mandatori hendaklah diisi sehingga ikon berwarna hijau.
F. Pilih Projek
1. Klik pautan projek untuk memohon projek.
G. Dokumen Sokongan
1. Klik pautan Dokumen Sokongan untuk memuatnaik dokumen sokongan permohonan.
H. Pengesahan
1. Klik pada pautan pengesahan untuk hantar permohonan.
A. Program Perumahan Rakyat (PPR)
Program Perumahan Rakyat ataupun lebih dikenali sebagai PPR adalah merupakan sebuah program pihak kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40). Program perumahan ini terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki. Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.
B. Skim Rumah Transit
Program Skim Rumah Transit adalah bertujuan untuk memberi kemudahan secara sementara kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berumur antara 18 tahun hingga 30 tahun. Rumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250 sebulan bagi tempoh sewaan permulaan selama dua tahun.
C. Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome)
Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau lebih dikenali sebagai MyHome menawarkan insentif sehingga RM30,000 seunit yang mana memberi faedah kepada para pembeli rumah dan pemaju swasta.
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30-38, No.51 Persiaran Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 4, 62100 Putrajaya
MyHome Tel: 03-8891 4027 / 4054 / 4055 / 4062
PPR Tel: 03-8891 4052 / 4059 / 4384
Rumah Transit Tel: 03-8891 4052 / 4061 / 4400
Tel: 03-8891 4475 / 03-8891 4200
Email: [email protected]
Sila kongsikan artikel ini agar dapat membantu lebih ramai golongan B40 mampu untuk memiliki rumah pertama mereka. Semoga bermafaat.