in

PERMOHONAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN MAINS

PERMOHONAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN MAINS

PERMOHONAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN MAINS

Bantuan Awal Persekolahan MAINS 2022 sudah dibuka bagi yang berkelayakan.

Permohonan boleh dibuat sehingga 15 Mac 2022.

Baca Juga: Cara Bayar Saman PDRM Online 2021 (mybayar.rmp.gov.my)

Apakah Bantuan Awal Persekolahan MAINS 2022?

Bantuan Awal Persekolahan MAINS adalah salah satu daripada Skim Bantuan Zakat yang diagihkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan setiap tahun.

Ia bertujuan membantu meringankan beban keluarga / ibu bapa untuk menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak pada awal tahun bermula persekolahan.

Bantuan ini dibuka untuk ibu bapa / pemohon yang mempunyai anak-anak dari prasekolah (6 tahun) hingga Tingkatan 5.

PERMOHONAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN MAINS

Untuk makluman, berikut adalah syarat-syarat bagi pemohon

  1. Warganegara atau pemastautin tetap beragama Islam
  2. Bermastautin di Negeri Sembilan sekurang-kurangnya 1 tahun
  3. Terbuka bagi Golongan B40 dan bantuan tertakluk kepada pendapatan isi tumah serta bilangan anak yang bersekolah.

PERMOHONAN BANTUNA AWAL PERSEKOLAHAN MAINS

Dokumen Yang Diberlukan

Borang boleh didapati di link ini
https://www.mains.gov.my/v1/images/borang/borangsekolah.pdf

Sila sediakan dokumen berikut:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon & pasangan
  2. Salinan MyKid / MyKad / sijil kelahiran tanggungan
  3. Salinan sijil nikah / sijil cerai / sijil kematian (jika berkenaan)
  4. Salinan penyata akaun bank / pengesahan akaun bank
  5. Slip gaji / Pengesahan pendapatan pemohon & pasangan (jika bekerja)
  6. Salinan bil air & bil elektrik semasa tempat tinggal pemohon

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan bolehlah dibuat di Pejabat Agihan MAINS Daerah seperti di link di bawah.

Senarai lokasi Pejabat Agihan MAINS Daerah & Cawangan: https://www.mains.gov.my/v1/zakat/agihan/kaunter-agihan

Permohonan janji temu boleh dibuat melalui pautan https://www.mains.gov.my/temujanji/borang seawal satu (1) hari dari tarikh janji temu dari tarikh semasa, tertakluk kepada kekosongan.

Semasa hadir untuk janji temu, pelanggan-pelanggan hendaklah sentiasa memakai pelitup muka dan hidung (‘face mask’) serta mengamalkan penjarakan fizikal 1 meter ketika berada di ruangan kaunter.

Pelanggan-pelanggan juga perlu mendaftar masuk (‘check-in’) dengan mengimbas kod QR melalui aplikasi MySejahtera dan mengambil bacaan suhu sebelum berurusan di kaunter MAINS.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TARIKH GAJI PENJAWAT AWAM 2022