MySPR KEPUTUSAN PRU 15 (SEMAKAN/CHECK
Mengundi adalah kewajipan yang sangat penting malah tidak boleh diabaikan begitu sahaja atau dipandang remeh. Hal ini demikian kerana, mengundi juga disifatkan sebagai amanah dan tanggungjawab setiap warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam menentukan tampuk pemerintahan negara.
Semua warganegara Malaysia yang telah mencapai umur 18 tahun dan ke atas kini layak mengundi.
Baca Juga: MySPR : SEMAKAN PENGUNDI, TUKAR ALAMAT DAN DAFTAR PENGUNDI BARU
SEMAKAN PENDAFTARAN UNDI AUTOMATIK
Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan yang diluluskan pada tahun 2021, berhubung dengan usia layak mengundi telah diturunkan daripada 21 tahun kepada 18 tahun serta pendaftaran individu warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas akan didaftar sebagai pemilih secara automatik tanpa perlu membuat permohonan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
SYARAT UNTUK DIDAFTARKAN SEBAGAI PENGUNDI SECARA AUTOMATIK
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun ke atas;
- Menetap di alamat seperti di kad pengenalan; dan
- Tidak hilang kelayakan sebagai pemilih mengikut undang-undang.
PENETAPAN TARIKH PRU-15 & PROSES PENAMAAN CALON PRU15
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November 2022 sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Sementara itu, tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 5 dan 15 November 2022.
TARIKH PENTING PRU-15 2022
SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengadakan mesyuarat khas untuk menentukan tarikh – tarikh penting Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting #PRU15 yang diumumkan oleh SPR:
- Tarikh Keluar Writ : 20 Oktober 2022
- Penamaan Calon: 5 November 2022
- Undi Awal: 15 November 2022
- Hari Pengundian: 19 November 2022
PARTI BERTANDING PILIHANRAYA UMUM MALAYSIA KE-15
Pakatan harapan, PAS, Perikatan Nasional PN dan juga Barisan nasional BN yang mempertaruhkan calon di parlimen masing-masing dengan harapan siapa yang berjaya mengumpul kerusi parlimen terbanyak akan menerajui kerajaan malaysia kelak, terpaksa tunduk dengan tuntutan rakyat Malaysia.
Pemerhati parti politik melihatkan pertarungan sengit di antara calon Pakatan Harapan dengan barisan Nasional lebih sengit serta Perikatakan Nasional PN berdasarkan keputusan pru 15
Tiada siapa yang dapatkan ramalkan siapa yang bakal menang. Pertembungan di antara Gerakan Tanah Air GTA, Perikatan Nasional PN, Barisan Nasional BN, Gagasan Rakyat Sabah GRS, Gagasan Parti Sarawak GPS, Pakatan Harapan PH akan menentukan bertembung dalam keputusan pilihanraya 2022 kali ini.
SEMAKAN CALON PRU
Kepada anda yang membuat semakan tentang calon PRU, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari laman web MySPR https://mysprsemak.spr.gov.my/ atau buka aplikasi MySPR SEMAK
- Pada paparan utama, klik pada Semakan Calon Pilihan Raya
- Seterusnya klik pada semakan yang anda ingin dibuat samaada:
- Pilihan Raya Umum
- Pilihan Raya Umum Dun
- Pilihan Raya Kecil
- Kemudian pilih kawasan anda.
NOTA: semakan calon PRU ke-15 boleh dibuat selepas penamaan calon nanti pada 05 November 2022
CHECK KEPUTUSAN PRU
Kepada anda yang membuat semakan tentang keputusan PRU, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari pautan https://mysprsemak.spr.gov.my/ atau buka aplikasi MySPR SEMAK keputusan pru 15
- Pada paparan utama, klik pada Semakan Keputusan Pilihan Raya
- Seterusnya klik pada semakan yang anda ingin dibuat samaada:
- Pilihan Raya Umum
- Pilihan Raya Umum Dun
- Pilihan Raya Kecil
- Kemudian pilih kawasan anda.
NOTA: Semakan keputusan bagi PRU ke-15 akan boleh disemak selepas tamat pilihan raya pada 19 November 2022
CARA SEMAKAN KEPUTUSAN PRU 15 2022
Berikut adalah merupakan cara check keputusan PRU-15 2022 :
- Layari pautan https://mysprsemak.spr.gov.my/ atau buka aplikasi MySPR sEMAK
- Pada paparan utama, klik pada Semakan Calon Pilihan Raya atau Semakan Keputusan
- Pilihan Raya
- Seterusnya klik pada semakan yang anda ingin dibuat samaada:
- Pilihan Raya Umum
- Pilihan Raya Umum Dun
- Pilihan Raya Kecil
- Sebagai contoh klik pada Pilihan Raya Umum, kemudian pilih pada PRU yang anda inginkan samada:
PRU KE-15 (2022)
PRU KE-14 (2018)
PRU KE-13 (2013)
PRU KE-12 (2008) - Sebagai contoh klik pada PRU KE-14 dan pilih negeri anda
- Kemudian pilih bahagian pilihanaraya samada:
Parlimen
Dun - Kemudian pilih daerah anda
- Nama calon dan keputusan akan tertera.