LOGIN i-WIRA LTAT : CARA DAFTAR / LOG MASUK / SEMAK BAKI / PENYATA / PENCEN
Portal i-Wira dan aplikasi MyWira menawarkan pelbagai perkhidmatan online untuk pencarum LTAT, pada bila-bila masa di mana sahaja anda berada.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang aplikasi ini untuk pencarum Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Baca juga : Cara Daftar KT Online Untuk Permohonan Baru Dan Semakan Baki Serta Dividen Koperasi Angkatan Tentera
APA ITU i-WIRA LTAT
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah melancarkan Aplikasi MyWIRA bagi memudahkan pencarumnya mengakses penyata caruman, status permohonan pengeluaran serta menyemak maklumat akaun unit amanah dengan lebih cepat, mudah dan mesra pelanggan
Antara perkhidmatan yang ditawarkan untuk pengguna i-Wira termasuklah:
- Menyemak penyata Caruman LTAT tahun semasa dan tahun sebelumnya
- Menyemak maklumat penamaan waris
- Menyemak Dana Unit Amanah Affin Hwang
- Menyemak sejarah pengeluaran caruman
- Membuat aduan, pertanyaan dan cadangan
APLIKASI i-WIRA LTAT
i-Wira LTAT Login
Aplikasi MyWIRA menjadi penyelesaian mudah lagi cepat untuk para pencarum mendapatkan maklumat mengenai caruman mereka dengan hanya berurusan di hujung jari sahaja.
Selain itu, para pencarum juga boleh menyemak maklumat seperti Yayasan LTAT, tawaran dan promosi eksklusif oleh Perbadanan, anak syarikat dan rakan kongsi.
MUAT TURUN APLIKASI MYWIRA LTAT
MyWira Register
Berikut adalah link untuk muat turun aplikasi MyWIRA:
SEMAKAN KELAYAKAN MENDAFTAR i-WIRA
Hanya kepada ahli yang masih berkhidmat sahaja.
PENDAFTARAN i-WIRA
i-WIRA LTAT LOGIN
Bagaimana untuk saya mendaftar i-Wira?
Klik sini>> pendaftaran i-Wira
https://iwira.ltat.org.my/ltatonline/login.php
Klik butang LOG MASUK
Klik pautan ‘Pendaftaran i-Wira’
Isikan semua butiran yang dikehendaki dan tekan butang ‘Daftar’.
- No Tentera – No Tentera semasa anda (tanpa T dll)
- Emel – alamat emel anda yang aktif dan tetap.
- Secure Word – apa-apa perkataan tidak kurang dari 5 huruf dan tidak melebihi 20 huruf tanpa ‘special character’.
- Kata Laluan – masukkan kata laluan pilihan anda.
Sah Kata Laluan – masukkan semula kata laluan yang sama untuk pengesahan.
Selepas menekan butang ‘Daftar’, satu pautan (link) akan dihantar pada alamat emel yang dimasukkan dan paparan seperti disebelah akan muncul.
Klik butang ‘memohon penghantaran’ jika tiada emel pengaktifan diterima dalam masa 5 minit bagi menghantar semula emel pengaktifan.
PERHATIAN: Sila pastikan akaun anda telah diaktifkan untuk menggunakan sistem ini. Sistem tidak boleh digunakan (tidak boleh log masuk) selagi ianya belum diaktifkan.
Log masuk ke emel dan klik butang ‘Klik sini untuk mengaktifkan akaun i-Wira’ untuk mengaktifkan sistem i-Wira. (Mohon untuk diperiksa juga didalam ‘folder SPAM/JUNK’).
*jika tiada sebarang emel diterima dalam tempoh 5 minit selepas paparan di atas muncul, sila hubungi LTAT seperti maklumat dibawah untuk pengaktifan melalui emel atau telefon;
Emel: iwira[at]ltat.org.my / ltatmy[at]gmail.com
Telefon: 1-300-88-5828
SEMAKAN PENYATA CARUMAN LTAT(MyWIRA)
Bagaimanakah caranya untuk menyemak baki caruman?
Anda perlu mempunyai Nombor Tentera dan kata laluan i-Wira. Jika tiada, anda perlu mendaftar dahulu.
Jika anda sudah mendaftar i-Wira, log masuk ke i-Wira dan klik pada pautan tab ‘Penyata’.
SEMAKAN STATUS PENGELUARAN(i-WIRA)
- Klik pada tab ‘Pengeluaran’ di paparan utama dan paparan seperti di bawah akan muncul.
- Contoh di atas adalah bagi pencarum yang tiada sejarah pengeluaran.
- Maklumat sejarah pengeluaran akan dipaparkan jika pengeluaran pernah dilakukan.
- Klik pada tab ‘Persaraan’, ‘Perumahan’ dan ‘Haji’ untuk menukar paparan maklumat (jika ada)
PENGELUARAN DUIT LTAT
PERMOHONAN PENGELUARAN PENCARUM LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA (LTAT) RM500
Pencarum Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) boleh membuat Pengeluaran Khas Jubli Emas dengan jumlah maksimum RM500 bagi meringankan beban. Pengeluaran khas itu sebagai manfaat tambahan dan insentif bagi membantu menangani beban kewangan pencarum.
Jumlah maksimum pengeluaran ditawarkan adalah RM500 secara ‘one off’.
TARIKH PENGELUARAN PENCARUM LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA (LTAT)
Permohonan pengeluaran boleh dibuat melalui aplikasi MyWira mulai 10 Oktober ini dan akan ditutup pada 19 Disember.
TARIKH PERMBAYARAN PENCARUM LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA (LTAT)
Pembayaran pertama pula akan dilaksanakan bermula 19 Disember hingga 23 Disember
RUJUKAN
Maklumat lanjut dan pertayaan,sila rujuk info dibawah:
Telefon: 1-300-88-5828
Tingkat 12, Bangunan LTAT, Jalan Bukit Bintang, 50748 Kuala Lumpur, MALAYSIA
03-21489777 / 03-21664311
Emel: iwira[at]ltat.org.my / ltatmy[at]gmail.com
Talian Hotline & Whatsapp LTAT
017-6860 929/ 017-6860 848
WAKTU OPERASI
KAUNTER
ISNIN – KHAMIS : 8.30 AM – 3.00 PM
JUMAAT : 8.30 AM – 12.00 PM/2.30 PM – 3.00 PM
TOLL FREE
ISNIN – KHAMIS : 8.30 AM – 1.00 PM /2.00 PM – 3.00 PM
JUMAAT : 8.30 AM – 12.00 PM / 2.30 PM – 3.00 PM
HOTLINE
ISNIN – KHAMIS : 8.30 AM – 1.00 PM / 2.00 PM – 4.30 PM
JUMAAT : 8.30 AM – 12.00 PM /2.30 PM – 4.30 PM