in

CARA BUAT PINJAMAN BANK TANPA SLIP GAJI (BERNIAGA ATAU BEKERJA SENDIRI)

CARA BUAT PINJAMAN BANK TANPA SLIP GAJI (BERNIAGA ATAU BEKERJA SENDIRI)

CARA BUAT PINJAMAN BANK TANPA SLIP GAJI (BERNIAGA ATAU BEKERJA SENDIRI)

Selama korang bekerja sendiri mesti pernah lalui situasi dimana susah nak buat pinjaman atau loan dengan bank sebab tiada slip gaji.Biasanya bank lagi senang nk luluskan pinjaman dekat orang yang ada kerja tetap sebab ada jaminan duit akan masuk setiap bulan dalam akaun bank.

Berbeza dengan orang yang berniaga atau bekerja sendiri duit yang masuk tak tentu jumlahnya dan juga dapat secara tunai semestinya tiada rekod kemasukan wang ke dalam bank.Dan biasanya orang yang bekerja sendiri dan yang tak ada slip gaji ni mesti akan hadapi masalah jika ingin membuat loan dengan bank.Maksudnya orang yang berniaga atau bekerja sendiri ni tak dapat buat loan bank ke?

Sebenarnya boleh je cuma korang ada beberapa langkah yang korang kena buat dululah, abaru bank senang nak luluskan pinjaman loan korang.

Baca juga: CARA GUNA TEST KIT COVID (KAEDAH AIR LIUR)

CARA BUAT PINJAMAN BANK TANPA SLIP GAJI (BERNIAGA ATAU BEKERJA SENDIRI)

Pinjaman peribadi bekerja sendiri atau self employed personal loan sesuai jika anda ingin mencari modal untuk memulakan perniagaan, atau ingin menaiktaraf dan meluaskan perniagaan anda. Seringkali ramai yang memilih pinjaman peribadi jenis ini berbanding pinjaman perniagaan kerana pinjaman atau pembiayaan peribadi mempunyai beberapa kelebihan berbanding pinjaman perniagaan.

Tips Nak Apply Loan Dibank Jika Tiada Slip gaji

1.Pendaftaran Perniagaan

Pihak bank akan meminta sijil pendaftaran perniagaan anda yang dikeluarkan oleh pihak ssm sebagai bukti anda menjalankan perniagaan sendiri.Jadi jika anda berniaga atau bekerja sendiri sila daftarkan perniagaan anda dahulu sebelum membuat loan.

CARA BUAT PINJAMAN BANK TANPA SLIP GAJI

2.Simpan Rekod Kewangan

Pihak bank pastinya akan meminta penyata kewangan anda.Penyata keangan yang diperlukan adalah sekurang-kurangnya 6 bulan.

3. Simpanan

Kalau korang nak bank betul-betul percaya dengan sumber pendapatan anda, cuba sedaya upaya untuk membuat simpanan seperti KWSP, ASB atau Tabung Haji.Kalau boleh korang kena lakukan simpanan atau deposit tu setiap bulan, barulah bank betul-betul percaya yang korang memang ada pendapatan yang kukuh.

4. Isytiharkan Cukai Pendapatan

Tak semua tapi ada segelintir orang berniaga ni mesti kalau boleh nak lari daripada bayar cukai. Sebenarnya korang kena tahu betapa pentingnya kenyataan cukai pendapatan dalam membantu untuk mendapatkan kelulusan dari pihak bank.Pemabayaran cukai ini adalah satu bukti yang diisytiharkan kepada kerajaan justeru bank akan lagi yakin nak bagi pinjaman loan kalau korang adalah seorang pembayar cukai.

5. Cari Seorang Penjamin

Nak kukuhkan lagi kepercayaan bank kepada anda, cari penjamin yang boleh dipercayai dan dapat menyokong pinjaman korang. Penjamin perlu ada kewangan yang kukuh dan kerja tetap barulah pihak bank boleh percaya nak benarkan diorang menjadi penjamin.

6.Buka Akaun Bank Syarikat

Untuk membuka akaun bank syarikat , anda hanya perlu membawa sijil pendaftaran syarikat , cop dan duit serta lengkapkan borang introducer untuk membuka akaun. Apakah tujuannya pihak bank meminta akaun bank syarikat anda? ia adalah untuk meyakinkan pihak bank bahawa anda mampu untuk membayar kembali pinjaman yang telah anda mohon.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda yang berniaga/bekerja sendiri dan tiada slip gaji untuk membuat permohonan loan pinjaman bank.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

cara guna test kit covid (kaedah air liur)

CARA GUNA TEST KIT COVID (KAEDAH AIR LIUR): Panduan Pakai Ujian Kendiri Covid Dengan Menggunakan Air Liur Di Rumah

CARA BUAT LINK GOOGLE MEET UNTUK MESYUARAT

CARA BUAT LINK GOOGLE MEET UNTUK MESYUARAT: Panduan buat Pautan Google Meet Untuk Mesyuarat di Laptop