KEMASKINI BKM : SECARA ONLINE 2022 BUJANG KEPADA BERKAHWIN DAN TAMBAH ANK
Apa itu BKM
Menerusi Belanjanwan 2022 kerajaan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi membantu kurangkan beban rakyat terkesan akibat covid19.Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (Menteri Kewangan) berkata BKM dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion.
Baca juga disini: SEMAK STATUS BKM : CHECK LULUS ATAU TIDAK BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022
KEMASKINI BKM : SECARA ONLINE 2022 BUJANG KEPADA BERKAHWIN DAN TAMBAH ANK
Permohonan terkini BKM bermaksud permohonan pendaftaran baharu, di mana ketua isi rumah, individu bujang, warga emas lelaki atau wanita yang belum pernah membuat sebarang permohonan BPR sebelum ini ataupun mereka tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada.
Tarikh Permohonan Pendaftaran Baru Dan Kemaskini BKM 2022
- Dibuka : 1 Januari 2022
- Ditutup : 31 Januari 2022
Tarikh permohonan pendaftaran baru dan kemaskini BKM dibuka dan ditutup yang dinyatakan adalah tepat (rasmi) namun masih tertakluk kepada pindaan.
Syarat Kelayakan Permohonan Pendaftaran Baru BKM 2022
Pemohon layak menerima BKM sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti di bawah:
1. Kategori Isi Rumah
- Kahwin
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
2. Kategori Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
3. Kategori Individu Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat
- Had umur adalah 21-59 tahun
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Pemohon Yang Perlu Membuat Permohonan Pendaftaran Baru BKM 2022
- Ketua isi rumah, individu bujang, warga emas lelaki atau wanita yang belum pernah membuat sebarang permohonan BPR sebelum ini.
- Tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada
Penerima Yang Perlu Membuat Kemaskini BKM 2022
- Penerima BPR sebelum ini perlu kemaskini maklumat sekiranya ada perubahan maklumat semasa supaya tidak tercicir daripada menerima BKM 2022.
- Ketua isi rumah, individu bujang lelaki atau wanita yang gagal dalam permohonan BPR pada tahun sebelumnya.
- Terjadi kematian kepada pasangan penerima sedia ada ataupun berlaku penceraian.
- Tidak perlu membuat permohonan pendaftaran baru BKM 2022.
- Hanya perlu Log Masuk ke dalam sistem BKM 2022 dengan menggunakan No Mykad dan kata laluan sedia ada sepertimana pada BPR sebelum ini sekiranya mahu membuat pengemaskinian maklumat secara online.
Semakan BKM 2022
Bagi anda yang ingin buat semakan boleh semak di laman rasmi https://bkm.hasil.gov.my/
Butiran Lanjut
Itu sahaja, Untuk sebarang pertanyaan boleh rujuk pihak berkenaan, pihak kami sekadar berkongsi maklumat berkenaan supaya dapat memudahkan anda mendapat maklumat