JAWATAN KOSONG DI UTM (UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA)
Universiti Teknologi Malaysia (singkatan: UTM) merupakan sebuah universiti di Malaysia. Namanya ditukar daripada Institut Teknologi Kebangsaan kepada Universiti Teknologi Malaysia pada 1 April 1975. Walau bagaimanapun, UTM sebenarnya mencapai taraf universiti 3 tahun lebih awal iaitu pada 14 Mac 1972. UTM amat terkenal dalam bidang kejuruteraan baik didalam mahupun diluar negara.
Kampus utama UTM ialah di Skudai, Johor seluas 1222 hektar, manakala kampus cawangannya di Kuala Lumpur pula adalah seluas 18 hektar. UTM mempunyai 13 buah fakulti dan 17 buah kolej kediaman di kampus Skudai. Kebanyakan pelajar tinggal di dalam kampus.
Baca Juga: JAWATAN KOSONG POLIS BANTUAN
JAWATAN KOSONG DI UTM (UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA)
Jawatan Kosong Kerajaan UTM | Kepada seluruh rakyat malaysia yang sedang mencari jawatan kosong berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan terkini yang ditawarkan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) anda diperlawa untuk segera membuat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut.
Jawatan Kosong UTM
- Pembantu Operasi Gred N11
- Pembantu Setiausaha Pejabat Gred NA19
- Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29
- Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA41
- Penjaga Jentera Elektrik Gred JA19
- Pegawai Keselamatan Gred 41
- Juruteknologi Maklumat Perubatan Gred UA29
- Penolong Akuantan
Syarat asas permohonan jawatan
Calon hendaklah rakyat malaysia yang berusia tidak kurang daripada 18 tahun sebelum tarikh tutup permohonan jawatan iaitu 2 nov 2021.
Seorang yang mempunyai kelayakan-kelayakan yang telah ditetapkan untuk setiap jawatan yang hendak dipohon anda boleh rujuk pada lampiran yang kami telah sediakan pautannya dibawah.
Sila pastikan anda hanya memohon jawatan yang anda mempunyai kelayakan sahaja,
Cara memohon
Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan laman sesawang rasmi yang telah disediakan oleh Pihak Universiti Teknologi Malaysia yang kami telah sediakan pautannya dibawah.
Sila pastikan anda mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat bagi memastikan permohonan anda diproses sebaiknya oleh majikan.
Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan.
Baca Juga: CARA MOHON RUMAH PPR (PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT) ONLINE