GKP 4.0 HASIL GOV MY LOGIN – SEMAKAN PERMOHONAN DAN BAYARAN GERAN KHAS PRIHATIN
Semakan GKP 4.0 hasil gov my login tahun 2021. Kerajaan telah memperuntukkan semakan & bantuan GKP 4.0 yang akan dibayar pada bulan September & November 2021.
Baca Juga: CARA MEMBUAT PERMOHONAN UNTUK BERKAHWIN SECARA ONLINE(SPPIM)
GKP 4.0
Geran Khas Prihatin 4.0 ini merupakan bantuan khas kepada PKS (Perusahaan Kecil & Sederhana) Mikro.
Bantuan secara one-off ini adalah untuk membantu meringankan beban & merancakkan ekonomi setempat.
Bantuan GKP Dah Masuk!
Tarikh rasmi untuk pembayaran GKP sudahpun diumumkan iaitu pada 21 September 2021.
Bayaran bantuan tersebut telah diberikan secara berperingkat kepada penerima yang layak.
Sila semak di akaun bank anda secara online dahulu sebelum keluarkan duit bantuan di ATM.
Jumlah Bayaran GKP 4.0
Untuk GKP 2021 ini, pemohon yang layak akan dapat RM1000. Jumlah & tarikh untuk bantuan tambahan ini adalah seperti berikut :
- September 2021 – RM500
- November 2021 – RM500
Semakan GKP 4.0 2021
Semakan online geran ini boleh dibuat dengan cara berikut :
Sila login Portal Rasmi GKP : Klik Sini
Masukkan ID Pengguna & klik Ya untuk Kata Kunci Keselamatan
Masukkan Password
Penyata semakan status bayaran akan dipaparkan
Jika lulus, pastikan nombor akaun bank anda adalah betul.
Untuk maklumat anda, hanya akaun bank persendirian sahaja yang boleh digunakan untuk tujuan pengkreditan bayaran.
Tarikh semakan status kelulusan GKP 4.0 ini akan diumumkan dalam masa terdekat. Nantikan.
Permohonan Baru GKP 2021
Jika anda tidak pernah dapat GKP sebelum ini, atau anda tidak layak, anda boleh daftar permohonan baru.
Caranya adalah seperti berikut :
- Mohon online di GKP Hasil : Daftar
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan
- Isi borang permohonan & muat naik dokumen sokongan
- Selepas pendaftaran, sila log masuk semula untuk semakan permohonan
SOALAN LAZIM
- Saya tidak pernah dapat GKP, apakah syarat untuk buat permohonan?
Perlu ada SSM dan masih aktif menjalankan perniagaan. - Berapa jumlah bantuan GKP 4.0?
Bagi yang layak, anda akan dapat RM500 secara one-off. - Bilakah tarikh rasmi GKP 4?
Akan dibayar pada bulan September. Untuk tarikh rasmi sila rujuk di sini.