in

CARA MEMBUAT PERMOHONAN UNTUK BERKAHWIN SECARA ONLINE(SPPIM)

CARA MEMBUAT PERMOHONAN UNTUK BERKAHWIN SECARA ONLINE(SPPIM)

Memandangkan kenduri / majlis dah dibenarkan dengan mengikut SOP ini disebabkan sudah banyak negeri yang masuk Fasa 4, mungkin ramai yang merancang untuk berkahwin.

Bagi yang ingin berkahwin permohonan hanya perlu dilakukan secara online melalui Portal SPPIM ( Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia).

Kami akan kongsikan prosedur untuk anda yang nak berkahwin, dan tak perlu ulang-alik ke kariah / Pejabat Agama lagi.

Baca juga disini: CARA BAYAR ZAKAT ONLINE KELANTAN: Panduan Transfer Secara Atas Talian.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN UNTUK BERKAHWIN SECARA ONLINE(SPPIM)

Berikut akan dikongsikan dengan lebih lanjut berkaitan cara mohon nikah online, sila rujuk dibawah:

Syarat Nikah Online

  • Sila hadiri kurus kahwin dan ambil sijil kursus kahwin terlebih dahulu.
  • Sila ambil ujian HIV test dan pastikan ia sah 6 bulan dari tarikh nikah yang telah anda pilih
  • Sila ambil borang permohonan nikah.
  • Daftar dalam sistem permohonan online Jabatan Agama Islam negeri (sistem ikut negeri @ SPPIM) dalam masa 3 bulan
  • Untuk beberapa sistem permohonan online negeri, anda “tidak boleh daftar lebih awal dari 90 hari” dari tarikh akad nikah.
  • Sekiranya anda daftar lebih awal dari 90 hari dan tiada borang atau dokumen dihantar kepada Jabatan Agama Islam Negeri – maklumat anda dalam sistem permohonan online akan expired.
  • Pastikan anda sediakan semua dokumen yang perlu
  • Bawa borang beserta dokumen dan jumpa Penolong Pendaftar Nikah kariah atau Imam Jurunikah di kariah masjid anda untuk buat pengesahan.

Ringkasan Prosedur Hantar Borang Nikah SPPIM

  • Isi Borang Nikah Online di SPPIM
  • Buat HIV test & kursus kahwin
  • Lelaki pergi kariah
  • Lelaki submit borang dekat PAID
  • Lelaki pass borang lengkap pada Perempuan
  • Perempuan pergi kariah
  • Perempuan submit borang dekat PAID

Cara Isi Borang Nikah Online (SPPIM)

Langkah 1

  • Layari Portal Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) di pautan https://www.sppim.gov.my/
  • Dan klik BENAR NIKAH ONLINE

Langkah 2

  • Kemudian , klik PERMOHONAN BARU. Bagi yang pertama kali nak isi borang.
  • Untuk carian pemohon kalau mahu edit semula maklumat, hanya perlu masukkan no ic dan no BNO anda.

Langkah 3

  • Kemudian isi semua detail
  1. Maklumat Pemohon Laki
  2. Maklumat Pemohon Perempuan
  3. Maklumat Kebenaran
  4. Maklumat Wali
  5. WAJIB ISI SEMUA YANG BERTANDA *
  6. Dah selesai semua , klik hantar

Langkah 4

  • Kemudian klik saya bersetuju. Pastikan semua maklumat yang diberi adalah betul.

Langkah 5

  • Sila cetak borang dan cetak senarai semak.

Langkah 6

  • Senarai semak. Wajib sediakan dokumen sebelum di hantar ke pejabat agama.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN UNTUK BERKAHWIN SECARA ONLINE(SPPIM)

Itu saja, semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

JAWATAN KOSONG PETROLIAM NASIONAL BERHAD (PETRONAS)

JAWATAN KOSONG PETROLIAM NASIONAL BERHAD (PETRONAS)

TUTORIAL SAVE DAN DOWNLOAD VIDEO TIKTOK TANPA WATERMARK

TUTORIAL SAVE DAN DOWNLOAD VIDEO TIKTOK TANPA WATERMARK : Cara Simpan Dengan Mudah