eBAKI MARA : SEMAKAN BAKI PINJAMAN
eBaki MARA adalah portal dimana ia memudahkan semua peminjam di bawah MARA untuk menyemak dan bayar baki pinjaman mereka secara online.
Apa itu MARA
MARA merupakan sebuah institusi yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi membangunkan golongan bumiputera negara.
Salah satu inisiatif yang diusahakan adalah menyediakan kemudahan pinjaman pelajaran keada pelajar bumiputera untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Baca juga disini : PERMOHONAN GIATMARA 2022(CARA PERMOHONAN GIATMARA GsPEL GIATMARA) : Secara Atas Talian & Manual
Bagi pelajar yang sudah tamat pengajian menggunakan pinjaman pelajaran MARA, mereka boleh melakukan pelbagai perkara mengenai pinjaman yang berikut:
Fungsi eBaki
- Menyemak baki pinjaman pendidikan
- Menyemak penyata pinjaman pendidikan
- Menyemak jadual bayaran semula pinjaman pendidikan
- Permohonan emoratarium
- Permohonan pengurangan pembayaran pinjaman pendidikan
- Melakukan pembayaran semula pinjaman pendidikan
Cara Daftar Portal eBaki
- Layari lman eBaki di alamat https://apps.mara.gov.my/ebakiv2/
- Bagi pengguna yang baru ingin mendaftar, klik pada Pengguna Baru
- Masukkan Nombor IC untuk melakukan carian
- Seterusnya, lengkapkan pendaftaran dan mengisi butiran yang dikehendaki
Cara Semak Baki Pinjaman
- Layari lman eBaki di alamat https://apps.mara.gov.my/ebakiv2/
- Masukkan ID Pengguna dan Password
- Klik butang Hantar
- Pada kolum “Jadual Bayaran Balik” klik [Papar]
Butiran Lanjut
Itu sahaja, pihak kami hanya berkongsi maklumat supaya memudahkan anda untuk mendapat maklumat. Sebarang pertanyaan boleh rujuk pihak berkenaan.
Untuk maklumat lanjut mengenai sistem e-Baki MARA, sila layari laman web https://apps.mara.gov.my/ebakiv2/.